PERHATIAN PERMAISURI JOHOR di Tweet YUNA habis keluar Loghat Perak


SAYA SETUJU DENGAN YUNA TWEET YUNA DAPAT PERHATIAN PERMAISURI JOHOR



Tweet penyanyi Yuna mengenai penggunaan bahasa Inggeris yang ditulis menggunakan loghat Perak mendapat perhatian Permaisuri Johor, Tuanku Zarith Sofiah Idris.

Baginda bersetuju dengan Yuna bahawa penggunaan bahasa Inggeris untuk membolehkan kita berkongsi pandangan, idea dan pendapat dengan orang lain yang faham bahasa itu.

I agree with Yuna : we write or speak in English because we want to share our thoughts, ideas and opinions with a lot more people who may be reading what weve written, tulis Tuanku Zarith Sofia.

Malah baginda turut menulis dalam loghat Perak seperti mana yang dilakukan Yuna.

Betoi tu, Yuna. Kite cakap oghang puteh bukan pase kita tak reti cakap Melayu ato tak nak cakap Melayu tapi pase kita nak oghang lain tau apa yang kita pikior. Ini kan dah zaman global, tulis baginda.

Tuanku Zarith Sofia membuat komen itu bagi menyokong kenyataan Yuna bahawa dia menggunakan bahasa Inggeris supaya satu dunia faham lirik lagu yang dinyanyikan.

ate speaking le bior deme 1dunia paham. Takkan nak bagi orang Melayu aje paham. Kamu ni kedekut bebenor, tweet Yuna pada 11 Mac lalu.

Tweet Yuna itu bagi membalas komen seorang pemilik Twitter menggunakan nama @encikkhuzairi yang menulis hai @yunamusic awak ni asyik speaking aje, cer cakap Melayu skit.

0 Response to "PERHATIAN PERMAISURI JOHOR di Tweet YUNA habis keluar Loghat Perak"

Catat Ulasan