TUNKU JALIL BERJAYA MENYAMAR MAKAN DI TEPI PANTAI




Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor telah memuat naik gambarnya sedang makan di tepi pantai Stulang Johor Bahru pada waktu malam.


Beliau yang dilahirkan pada 5 Julai 1990 dalam postnya telah menulis


"Menyamar malam ni berjaya! Makan di pantai Stulang"


Pantai Stulang yang terletak di Selat Tebrau yang memisahkan antara Johor dan Singapura adalah merupakan lokasi yang menjadi tarikan pengunjung-pengunjung untuk makan di gerai makan berhampiran.


Di situ juga terletaknya beberapa buah kapal Sultan Johor dan Timbalan Setia Negeri ditempatkan.


Nampaknya misi Tunku Jalil untuk menyamar berjaya kerana pengunjung2 mungkin tidak menyedari kehadirannya jika penampilannya begitu.


Tak tahulah pulak kalau beliau datang ke situ dengan kereta Sports beliau.

0 Response to "TUNKU JALIL BERJAYA MENYAMAR MAKAN DI TEPI PANTAI"

Catat Ulasan