SUHAIMI SAAD Buat NETIZEN Mulut Longkang BERBISA!!


Isu Tiada Mesin Basuh Di Rumah, Ini Jawapan Pedas SUHAIMI SAAD Buat NETIZEN Mulut Longkang!!




MESIN BASUH
(Baca tajuk tu betul betul,jangan komen pasal vaksin pulak)
Memang saya tak ada mesin basuh sejak 5 tahun yang lepas.(itu pun nak screenshot dan buat isu ke)
Sebab apa?
Sebab ‘mesin basuh saya’ ada di mana mana saja.24 jam lagi.
Memanglah mesin basuh tu keperluan.tapi keperluan setiap orang tak sama.bukak minda tu.
Orang yang tak puas hati dengan cucian mesin,tetap akan basuh guna berus.ok la,itu pilihan dia.tak payah nak kecoh kecoh.
Saya,ina dan anak anak guna banyak pakaian setiap hari.kerja dan kesibukan hidup membuatkan kami perlu bergerak cepat dan pilih cara yang paling mudah dan sesuai dengan hidup kami.
Kalau saya guna mesin basuh biasa,berapa jam nak cuci,berapa jam pulak nak dry,berapa hari nak tunggu kering dan tahun bila pulak nak pakai baju pergi show dan ‘mintak sedekah’?
Betul tak?
So,inilah rutin mingguan saya.jarang sangat saya suruh ina yang dobi baju.sebab saya pun sayang isteri saya macam orang lain.
In sya Allah saya belum gila lagi nak paksa dia cuci baju guna tangan.
Tapi bukanlah bermaksud kami ni mengaku zuhud.
Itu ayat orang orang yang tak bertanggungjawab,suka tengok orang berkelahi.
So,kalau tak tau cerita..tanya.jangan pandai pandai reka cerita cerita baru sampai viral satu alam
Salam Mesin Basuh dari saya,
Suhaimi Saad

"Anak saya bukan minta sedekah, tapi anak saya sedang busking" - Suhaimi Saad, bekas vokalis InTeam

Nama bekas anggota In-Team, Suhaimi Saad tiba-tiba menjadi bualan hangat di laman sosial. Selepas dia memuat naik status berkenaan isu vaksin, satu demi satu kisah hidupnya dibongkar dan dijadikan bahan cerita oleh pengguna laman sosial atau ‘netizen’.



Tidak menyangka perkara itu boleh menjadi viral, Suhaimi mengganggap apa yang terjadi adalah kebetulan.

Ini kerana sebelum ini dia sering kali memuat naik apa saja status yang dirasakan terdetik dihatinya namun tidak menyangka isu vaksin memberi impak besar dalam hidupnya.

Malah, Suhaimi yang dalam proses melancarkan single terbarunya duet bersama isteri, Ina Naim berjudul Jutawan Pemurah menjadikan apa yang berlaku adalah rezeki dan peluang lebih mudah dia mempromosikan single berkenaan.

Bersama wartawan Rap Harian Metro, Syanty Octavia Amry () Suhaimi berkongsi ceritanya.

RAP: Anda mengulas isu vaksin di laman Facebook milik anda. Adakah sebelum ini anda memang seorang aktif memuat naik apa juga isu yang ada?

Suhaimi: Saya memang sering memuat naik apa saja status yang dirasakan ingin dikongsi di laman Facebook. Sebelum ini saya juga sering berkongsi kisah peribadi atau apa juga cerita mengenai diri dan keluarga saya.

Namun saya tidak menyangka isu vaksin menarik perhatian ramai sehingga pengikut saya bertambah begitu mendadak. Jika sebelum ini komen dan ‘like’ yang saya terima hanya beberapa ratus saja.

Tetapi isu vaksin mendapat maklum balas luar biasa sehingga ribuan komen yang saya terima. Pelbagai komen negatif dan positif yang diberikan oleh pembaca.

Tidak saya nafikan isu vaksin menyebabkan pengikut saya di Facebook meningkat sehingga 12,000 orang.

RAP: Anda dalam proses melancarkan single berjudul Jutawan Pemurah. Adakah ini strategi untuk mempopularkan single berkenaan?

Suhaimi: Sebenarnya semua yang berlaku hanyalah kebetulan. Saya memang tidak terfikir status vaksin dilihat turut membantu mempromosikan single ini. Apa yang saya komen hanyalah pandangan peribadi saya sendiri.

Tidak sangka pula ia mendapat perhatian ramai. Apa yang berlaku saya anggap rezeki dan satu rahmat dan saya percaya setiap yang berlaku itu ada baik dan buruknya dan pastinya akan ada yang terbaik untuk saya.

RAP: Anda seperti dilihat cuba mencari publisiti murahan. Selepas isu vaksin, tersebar pula gambar anak anda dikatakan meminta sedekah di bazar Ramadan dan pasar malam. Boleh jelaskan?

Suhaimi: Anak saya bukan meminta sedekah sebaliknya dia mengadakan persembahan ‘busking’ bersama-sama dengan saya. Apabila gambar yang diambil hanya merujuk kepada anak terlihat seperti saya membiarkan mereka meminta sedekah.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah proses untuk mereka lebih mendekatkan diri dengan orang ramai. Anak saya juga bakal tampil dengan single mereka dan peluang mengadakan busking ini saya gunakan untuk memberi pendedahan kepada mereka.

Saya mahu mereka menjadi orang yang berani apabila berdepan dengan orang ramai. Dalam pada itu ‘busking’ itu juga saya gunakan membuat kutipan derma bagi mendapatkan dana untuk Sabah Care yang melantik saya dan Ina menjadi duta mereka.

Nasihat saya kepada mereka di luar sana, jika hendak memberi komen janganlah sampai memalukan diri sendiri.

Berilah komen yang membina dan jadilah orang yang bijak setiap kali hendak meninggalkan komen di laman sosial.

RAP: Melihat penampilan Ina sekarang ini yang sudah membuka purdah, apakah komen anda?

Suhaimi: Purdah bukanlah wajib untuk wanita. Ina membukanya selepas dia kembali aktif dalam bidang seni. Apabila ada stesen TV yang mahu Ina membukanya saya tiada masalah.

Jika sebelum ini Ina menyepi kerana dia sibuk menguruskan anak tambahan pula anak kecil masih menyusu badan.

Sekarang masing-masing sudah besar dan boleh ditinggalkan kepada orang lain jadi memudahkan Ina kembali aktif dalam bidang seni.

Lagipun saya tidak melihat purdah itu sebagai isu yang besar kerana ramai wanita berkerjaya memakai purdah. Ia adalah pilihan dan keselesaan masing-masing.

0 Response to "SUHAIMI SAAD Buat NETIZEN Mulut Longkang BERBISA!!"

Catat Ulasan