Sebelum ini, ada sumber yang mengatakan Zizan ada keluar menonton wayang bersama Vie. Menjawab gosip berkenaan, Zizan akui beliau dan Vie ada melakukan perkara berkenaan tetapi tidak lebih daripada kawan biasa.
Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana kami setakat berkawan. Sama macam orang lain, keluar makan, tengok wayang. Kalau betul saya bercinta dengannya, untuk apa sorok?
Buat masa ini, kami memang tiada hubungan serius. Lagipun, Vie sendiri sudah membuat penafian di Instagramnya. Benarlah seperti dikatakannya dan kalau boleh, saya tidak mahu lagi menyentuh perkara ini.
Zizan juga memberitahu beliau selesa berkawan dengan Vie Shantie dan tidak pernah peduli akan status wanita tersebut sebagai seorang ibu tunggal. Buat Zizan, apa yang penting adalah keserasian antara mereka berdua.
Nampaknya Zizan masih lagi berselindung mengenai hubungannya dengan Vie. Tidak apa lah, asalkan korang bahagia. Cuma janganlah buat peminat bosan nanti. Manalah tahu, tup-tup nanti mengaku ada hubungan pula…Hurmm
0 Response to "Jangan Terkejut ! Akhirnya Zizan Razak dan Vie Shantie kantoi Bersama"
Catat Ulasan