REDHA!! 'Sekarang kami berkongsi suami'

'Sekarang kami berkongsi suami


Status penyanyi, Adira, 24, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi kini menjadi tanda tanya apabila wanita menggunakan nama Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar dimuat naik di Facebook (FB)nya bahawa dia dan Adira berkongsi suami.

Wanita itu pada mulanya memuat naik gambar dia dan Adira serta membuat kenyataan ‘with sister’ sebelum menerima pertanyaan daripada rakan FBnya di ruangan komen.

Datin Red kemudian menjawab pertanyaan itu dengan mencatatkan ayat ‘Sekarang kami berkongsi suami’ dan turut memaklumkan reda dengan apa yang berlaku.


Difahamkan suami Datin Red bergelar Datuk dan ahli perniagaan.

Sementara itu, Adira turut memuat naik gambar sama di akaun Instagram miliknya semalam.

Rata-rata peminat Adira mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya meskipun menjadi isteri kedua.

"Semoga tabah menjadi isteri nombor dua. Banyakkan bertolak ansur," komen seorang peminatnya.

Difahamkan gambar berkenaan diambil semalam ketika Adira mengadakan persembahan pada acara pertunjukan fesyen Diandra Couture.

Sementara itu, Adira gagal dihubungi.

0 Response to "REDHA!! 'Sekarang kami berkongsi suami'"

Catat Ulasan