Kata PUTUS 'Bos Gegar Vaganza' Terhadap Penyingkiran Nabil Dan Jihan




Semalam minggu ke-5 Gegar Vaganza menyaksikan penyanyi Amir Ukays telah tersingkir setelah mendapat markah terendah.

Namun yang menarik perhatian ramai ialah penyingkiran kedua-dua pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Mereka telah digantikan oleh pengacara otai, iaitu Salih Yaakob dan juga Raja Azura.

Ini komen bos Astro Ria tentang hal ini:

“Nabil dan Jihan tidak disingkirkan pada malam ini (Ahad), ia cuma gimik dan amaran dari kami kepada mereka.

“Sebelum ini teguran telah pun diberikan dan Nabil juga dilihat semakin baik semasa mengendalikan GV2.

“Apapun, Nabil dan Jihan adalah penyeri dalam GV2, tanpa mereka mungkin sunyi pentas setiap minggu. Mereka juga telah melakukan tanggungjawab yang diberikan dengan baik sekali,”

Jawapan ini diberikan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad. Dia berkata ia hanyalah gimik dan ‘amaran manja’ kepada Nabil dan Jihan supaya buat lebih baik untuk mengacara Gegar Vaganza.

0 Response to "Kata PUTUS 'Bos Gegar Vaganza' Terhadap Penyingkiran Nabil Dan Jihan"

Catat Ulasan