MODEL Jelita ini Telah Perlakukan ke atas BAYiNya amat KEJAM dan MENGERIKAN

>>KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO<<




Suri Rumah Dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan melupuskan mayat anaknya dengan menanam mangsa dalam rumah, Mac lalu.

Majistret Asyida Abd Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Boa Jia, 33, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes ditetapkan untuk pengurusan kes.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 31 Mei lalu.

Pada 12 Jun lalu, Boa Jia mengaku tidak bersalah atas tuduhan melupuskan mayat anaknya, Evan Loo Yong Shen, 9, secara ditanam dalam rumah bagi melindungi suaminya, Loo Chon Wen, 33, dalam kejadian di rumah 26, Jalan 10, Taman Usaha Jaya, Kepong, jam 2 petang, 29 Mac lalu.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan terbabit mengikut Seksyen 201, Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

0 Response to "MODEL Jelita ini Telah Perlakukan ke atas BAYiNya amat KEJAM dan MENGERIKAN"

Catat Ulasan