#SETIAP pasangan bercinta mahukan hubungan mereka berakhir dengan pengakhiran yang gembira.
#Termasuklah pasangan dalam kalangan artis, semuanya mahukan setiap percintaan berakhir dengan perkahwinan yang membahagiakan.
#Detik itulah yang pernah dibincangkan oleh pasangan selebriti, Nelydia Senrose dan Qi Razali setelah masuk tiga tahun perhubungan mereka.
#Walaupun baru-baru ini bertebaran khabar menyatakan hubungan mereka sudah berakhir, namun ia telah dinafikan pasangan ini yang kini masih kekal sebagai pasangan kekasih.
#Sering diajukan mengenai perkahwinan, baik Nelydia mahupun Qi, kedua-duanya masih belum membuat keputusan ke arah itu. Bagi Nelydia, dia tidak mahu terburu-buru, sementelah usianya masih muda.
#“Saya memang selesa berpasangan dengan Qi dan kami pernah membincangkan hal perkahwinan selama tiga tahun kami berkawan kerana setiap pasangan bercinta pasti mahu tahu penghujung hubungan mereka.
#“Pernah juga bertanya kepada keluarga, dan semuanya ok, cuma belum masanya lagi untuk kami ke matlamat itu buat masa ini kerana banyak perkara perlu diuruskan sebelum memasuki alam perkahwinan.
#“Qi juga memahami saya dan tidak pernah paksa saya untuk segera berkahwin. Kami perlu fokus pada matlamat masing-masing dahulu,” katanya kepada Zass ketika ditemui baru-baru ini.
#Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen juga memberitahu, setiap keputusan berkaitan hidupnya tidak mahu dilakukan secara tergesa-gesa atau secara paksaan.
#“Saya pernah keluarkan kenyataan sebelum ini yang tidak mahu kahwin atau buat benda besar dalam hidup saya berdasarkan desakan orang lain.
#“Saya akan buat benda itu (kahwin) bila dah tiba masanya dan semua pihak bersedia. Tidak mahu buat dengan tergesa-gesa yang akhirnya niat asal akan lari,” katanya.
Semakin matang
#Sejak bercinta dengan Qi, pelakon Setia Hujung Nyawa ini juga, mengakui yang dia kini menjadi semakin matang.
#“Saya akui sejak berkawan dengan Qi, walaupun jarak umur kami jauh tetapi ia menyebabkan saya menjadi seorang yang berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu perkara.
#“Saya juga tidak buat sesuatu secara sembarangan kerana ada orang yang lebih berusia dan pengalaman daripada saya akan menasihati saya dalam meniti usia yang penuh cabaran ini.
#“Qi sendiri sentiasa menyokong saya dan menyuruh saya untuk kembangkan lagi kerjaya dan kehidupan saya menjadi lebih baik,” katanya.
#Tetapi lumrah sebagai pasangan bercinta ada pasang surutnya, dan perkara itu diakui sendiri Nelydia dan Qi, ada yang ketikanya berlaku perselisihan dalam perhubungan.
#“Tambahan apabila ada berita kurang enak kami dengar, memang pada awal percintaan dahulu sedikit menjejaskan hubungan, namun kini kami anggap itu perkara normal yang perlu kami lalui sebagai selebriti,” katanya yang kini sedang sibuk dalam penggambaran Lara Hati.
#Sementara itu, bagi Qi, dia memahami yang kekasihnya, Nelydia sedang dalam proses mempelajari banyak perkara.
#“Saya tidak mahu paksa dia kahwin di usia muda kerana dia perlu lalui banyak lagi perkara termasuk persahabatan, kekeluargaan, kerjaya dan hidupnya sendiri, justeru saya tidak terlalu memaksa dia.
#“Saya cuma akan sentiasa berada di sampingnya untuk memberi nasihat serta berkongsi pengalaman apa yang positif untuk dia contohi.
#“Sedangkan tuan badan sendiri tidak sibuk tentang isu kahwin walaupun sudah memasuki usia 38 tahun, orang lain juga sepatutnya lebih ok. Jika umur 40 tahun baru saya kahwin, itu dikatakan jodoh,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Response to "Nelydia Sensrose "Tidak Terbuka Lagi Hati Saya Untuk Berkahwin""
Catat Ulasan