MESTI TENGOK! Gadis Biadab Hina Kereta Murah Yang Melanggar Kereta Bapanya
Sombong, berlagak, poyo! Itulah yang boleh diungkapkan terhadap seorang gadis selepas dia mengupdate statusnya di Facebook semalam. Dengan tulisan yang biadab dia menghina sebuah kereta yang dipercayai lebih murah daripada kereta bapanya dengan memanggil kereta tersebut sebagai 'kereta murah'.
Difahamkan, kereta bapa gadis berkenaan telah berlanggar dengan sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang. Ekoran marah dengan kejadian itu(kot), gadis tersebut bertindak menulis status di Facebook dengan nada menghina kereta yang berlanggar dengan kereta bapanya dengan melabelkan kereta tersebut sebagi 'kereta murah'.
Malah dia membandingkan kereta bapanya dengan kereta tersebut umpama air tin berlanggar dengan air kotak. Tidak cukup dengan itu, dia juga menghina cat kereta tersebut sebagai lebih murah daripada cat kereta bapanya.
Inilah keruntuhan akhlak remaja zaman sekrang. Tiada lagi timbang rasa dan hormat menghormati sesama kita. Bahkan mereka menjadi sombong dengan kekayaan sementara yang dikurniakan kepada mereka itu. Semoga anda yang membaca tidak terikut-ikut dengan perangai gadis ini. Jadikanlah perkara ini sebagai sempadan kepada kita semua.
0 Response to "MESTI TENGOK! Gadis Biadab Hina Kereta Murah Yang Melanggar Kereta Bapanya"
Catat Ulasan