Isu Escort Girl, "Saya Sudah 28 Tahun Dan Bukan Lagi Masa Untuk Bermain Main"


.

Kekasihnya kepada Tasha Shila yang dikenali Han Chen Wong (Han) berharap ikatan percintaannya dengan aktres itu akan diakhiri dengan ikatan perkahwinan dalam tahun ini juga.
"Saya merancang untuk mengahwininya tak lama lagi. Harapnya tahun ini juga. Saya harap dan percaya kontroversi liar mengaitkan dirinya akan berakhir andai kami berkahwin.
"Tetapi sebelum itu kontroversi (isu 'escort girl') yang terjadi ini perlu dihentikan. Saya menyokong penuh usaha dia membersihkan nama ini," kata peninju Muay Thai itu
Han dan Tasha menjalin hubungan cinta selama tiga tahun.
Dalam pada itu, Tasha pula berkata, niat mereka berkahwin bukan bertujuan menutup kontroversi liar dan gosip murahan, sebaliknya bertujuan menghalalkan perhubungan mereka.
Sementara mengenai kontroversi mengaitkan Tasha sebagai gadis peneman atau escort girl baru-baru, pelakon itu berharap spekulasi negatif dan tidak benar itu tidak berpanjangan.
"Saya mahu orang tahu saya ambil serius dalam semua hal. Jangan orang ingat gosip dan kontroversi melanda ini saya ambil endah tak endah.
"Saya sudah 28 tahun dan bukan lagi masa untuk bermain main. Berlakon punca rezeki saya. Saya tak mahu benda tak elok dikaitkan tanpa bukti yang kukuh," katanya.


sumber : Berita Harian

0 Response to "Isu Escort Girl, "Saya Sudah 28 Tahun Dan Bukan Lagi Masa Untuk Bermain Main""

Catat Ulasan