INI RESPON AIDIL ZAFUAN pada RITA apabila NAFKAH TERTUNGGAK


INI RESPON AIDIL ZAFUAN APABILA DIPERINTAH BAYAR NAFKAH TERTUNGGAK



Mahkamah telah mengarahkan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan untuk membayar nafkah tertunggak sebanyak RM68,530 serta segala kos guaman Rita Rudaini sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung.

Aidil Zafuan menjelaskan beliau menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan menganggap ia rezeki bekas isterinya.

Aidil sebelum ini hanya membantah jumlah mutaah yang berjumlah RM300,000 yang dituntut oleh Rita.


Saya terima dengan hati terbuka dan saya berpuas hati dengan keputusan hakim. Saya bukan membantah untuk tuntutan dikemukakan, tetapi membantah jumlah yang dikemukakan sebelum ini.

Mahkamah memberikan tempoh 45 hari bermula semalam kepada Aidil untuk menjelaskan bayaran nafkah serta kos guaman tersebut.

Rita sebelum ini memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 daripada Aidil, pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Walaubagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, pihak mahkamah memutuskan Aidil hanya perlu membayar RM30,000 tuntutan mutaah terbabit.

0 Response to "INI RESPON AIDIL ZAFUAN pada RITA apabila NAFKAH TERTUNGGAK"

Catat Ulasan