MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
JOHOR BAHRU 27 April - Seorang pemuda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini atas dakwaan membuat komen bersifat jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam laman Facebook miliknya pada 10 Februari lalu
Tertuduh, Muhammad Isyraf Shamsudin 19, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Penganggur tersebut didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen bersifat jelik dengan niat menyakitkan hati dan mengganggu orang lain.
Remaja didakwa hina Sultan Johor
JOHOR BAHRU: Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan membuat komen bersifat jelik di laman sosial Facebook (FB) terhadap Sultan Johor, dua bulan lalu.
Muhammad Isyraf Shamsudin, 19, yang tidak bekerja membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen bersifat jelik itu dengan niat menyakitkan hati dan mengganggu orang lain.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta yang sama.
Tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Ketua Unit Pendakwaan Negeri Johor, Saiful Edris Zainuddin, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Hasif Hasan.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 2 Jun ini untuk sebutan semula kes.
0 Response to "Pemuda 19 tahun didakwa Tuduhan Menghina Sultan Johor"
Catat Ulasan