GEMPAR !! Safiey Ilias dedah program Momen Implan Payudara di Hat Yai


Safiey Kongsi Momen Implan Payudara Di TV Al Hijrah



“Saya bersendirian ke Hat Yai untuk lakukan pembedahan implan,” dedah Safiey Ilias dalam program #PenghijrahanFenomena di TV Al Hijrah.



Tanpa takut, dia pergi ke selatan Thailand dan nekad menjalani penbedahan untuk menikmati kehidupan sebagai wanita.

Menurut jutawan muda berusia 22 tahun itu, tanpa menyembunyikan perbuatannya, dia memaklumkan hal tersebut kepada bapanya setelah selesai memiliki payudara.

“Ayah hanya terdiam… tetapi kakak sangat marah,” kata Safiey.

Semua momen itu dikongsi dalam #PenghijrahanFenomena program bual bicara 30 minit yang akan disiarkan pada Khamis, 28 April jam 8.30 malam.

Meskipun berdebar menghadapi momen berada seorang diri di hospital, semua itu tidak mengubah tekadnya untuk bergelar wanita.


Safiey menjadi jutawan pada usia 19 tahun. Justeru, wang bukan halangan untuk mencapai keinginannya.

Namun, akhirnya Safiey sedar. Wang bukan segalanya. Malah, mengubah fitrah Allah adalah satu dosa besar.

Dua minggu lalu, Safiey dengan penuh rasa insaf menjalani satu lagi pembedahan. Kali ini mengeluarkan implan payudara untuk kembali menjadi lelaki sejati.



“Kakak sangat gembira. Dia peluk dan cium dahi saya dan menyatakan rasa bangga kerana sudah mendapat kembali adik lelakinya,” kata Safiey.

Program bual bicara ini dihos dan diterbitkan Syirfan Indra Mitra Surya Hussin.

Bagi Safiey, dia terharu dengan kesabaran dan doa keluarga yang tidak putus-putus mengharapkan dirinya kembali ke jalan Allah.

“Insyallah.. sekarang saya mahu berdakwah demi Islam,” katanya lagi.

Jangan ketinggalan mengimbau momen-momen trajik dan dramatik Safiey Ilias dalam #PenghijrahanFenomena di TV Al Hijrah pada Khamis, 28 April, jam 9.30 malam.


0 Response to "GEMPAR !! Safiey Ilias dedah program Momen Implan Payudara di Hat Yai"

Catat Ulasan