KUALA LUMPUR: Setelah percintaan putus di tengah jalan, pelakon Syafiq Kyle dan Uqasha Senrose tidak menjadikan perkara itu antara penyebab untuk mereka saling berdendam malah sebaliknya menurut Syafiq mereka berdua masih berkawan baik.
“Ya dulu memang benar kami bercinta namun tak lama sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Akhirnya hubungan kami renggang dan tak jadi apa.
“Selepas berpisah saya makin sibuk begitu juga dia. Jadi tak adalah terfikir-fikir sangat. Lagipun kami masih berkawan baik,” jelasnya memetik sumber Media hiburan.
Tambahnya lagi, berikutan jadual kerja yang sibuk telah menyebabkan Syafiq kini kelihatan semakin kurus.
“Orang cakap saya kurus sebab putus cinta, sebenarnya tidak tapi malas nak cakap banyak saya iyakan sahajalah,” ujar Syafiq sambil ketawa.
Ketika ditanya soal pengganti, Syafiq mengakui bahawa beliau masih solo dan masih lagi belum berjumpa pengganti.
“Kalau bercinta dengan artis, masing-masing sibuk nanti putus lagi. Kalau dengan bukan artis pula takut mereka tak faham dengan kerja saya ni, jadi kalau ada, adalah,” katanya.
0 Response to "Syafiq Akui Belum Temui Pengganti, lepas Berpisah"
Catat Ulasan