Tahun ini, nyata ada perubahan yang agak besar didalam program tersebut apabila menggabungkan beberapa pelawak membentuk satu kumpulan yang lain dan tiada juga nama-nama popular seperti Jozan, Shiro dan Sepahtu.
Kali ini Ajak daripada kumpulan Shiro telah menyertai Tauke dan Angah dalam satu kumpulan dikenali sebagai LOL. Ini mencetuskan persoalan adakah Shiro sudah berpecah?
Menjawab spekulasi berkenaan, Ajak sekerasnya menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan sebab beliau bergabung dengan Angah serta Tauke pada tahun ini.
"Kami bukanlah berpecah. LOL adalah satu projek istimewa bersama Tauke dan Angah kerana kami ada niat tersendiri dan bukannya untuk kepentingan peribadi.
Saya dan Shahrol sudah pun berbincang dan kami setuju agar saya sertai MLM tahun ini. Dia tidak dapat ikut serta kerana mahu berehat dan menguruskan hal lain. Malah dia juga kata akan terus menyokong saya bersama rakan-rakan lain.
Saya masih menggunkan nama Ajak Shiro dan sebagai pelawak profesional, saya tidak boleh bekerja dengan Shahrol sahaja. Malah saya rasakan satu penghargaan apabila dapat peluang menubuhkan satu kumpulan bersama Tauke dan Angah kerana mereka adalah senior saya dalam dunia komedi."
Buat Ajak tujuan mereka cuma satu, iaitu meneruskan usaha murni sahabat mereka allahyarham Yus Jambu yang banyak melakukan kebajikan sebelum ini.
"Kalau boleh kami mahu ke peringkat akhir MLM dan duit dari kemenangan tersebut kami akan buka sebuah kedai di mana separuh hasil pendapatan kedai itu akan disumbangkan kepada pertubuhan yang pernah mendapat bantuan arwah Pak Yus.
Disebabkan keperibadian Pak Yus yang suka menderma itu membuatkan saya mahu menyambung legasi yang pernah dia lakukan. Ini sebagai amal jariah untuk kami dan juga Pak Yus."
Meskipun bersaing sesama sendiri di atas pentas, ikatan persahabatan antara pelawak-pelawak ini amat erat dan saling membantu antara satu sama lain. Siapa tahu berkat dan niat murni mereka untuk meneruskan amal jariah buat Pak Yus, ada rezeki kumpulan LOL untuk menjuarai MLM 2016.
0 Response to "Shahrul dan Ajak dari kumpulan Shiro mula berpecah di pentas 2016"
Catat Ulasan