Susulan tersebarnya video seorang pondan yang didakwa sengaja menayangkan payudaranya ketika menyanyi di sebuah kompleks, individu terbabit, Papai Ciecie, tampil memberikan penjelasan.
"Salam, di sini saya menyusun sepuluh jari memohon maaf pada semua pihak di atas perbuatan saya yang sebenarnya tidak sengaja.
"Saya hanya mahu menghiburkan orang dan di samping itu saya cuba membantu kumpulan busker berkenaan untuk mengutip sumbangan secara santai.
"Saya ingin memperbetulkan dakwaan orang ramai bahawa saya bukan sengaja menayangkan atau mempamerkan payudara di khalayak ramai. Tetapi ketinggian mikrofon yang terlalu rendah dan sukar dibetulkan. Oleh kerana itu secara tidak sengaja akhirnya payu dara saya terkeluar yang mana anda boleh lihat sendiri di YouTube bagaimana saya sendiri cuba memperbetulkan pakaian saya.
VIRAL VIDEO PONDAN NYANYI SAMBIL TAYANG PAYUDARA KETIKA BUSKING DI KOTA KINABALUKOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang menyiasat perbuatan seorang lelaki menyerupai wanita yang melakukan aksi tidak senonoh dengan menyanyi sambil menayang sebahagian payu daranya di sebuah kompleks beli-belah di sini, baru-baru ini. Berdasarkan video aksi `wanita' itu yang tersebar dalam laman sosial, dia dipercayai menyanyi sambil diiringi sebuah kumpulan buskers dengan orang ramai merakam persembahannya. Difahamkan, pelaku itu tiba-tiba menyertai kumpulan buskers berkenaan yang dijemput oleh pengurusan pusat beli-belah untuk membuat persembahan. Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir, berkata beliau sudah meminta pegawainya menyiasat kejadian itu yang sepatutnya tidak berlaku khususnya di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai. "Ini kerana saya dimaklumkan `orang awam' berkelakuan tidak senonoh itu tiba-tiba datang menyertai kumpulan buskers yang membuat persembahan. "Presiden Buskers Sabah juga ada menghubungi saya dan memaklumkan `orang awam' itu bukan penyanyi mereka tetapi tiba-tiba datang menyanyi bersama. Dia juga memberi jaminan akan menasihatkan semua buskers agar perkara seperti ini tidak berulang. "Sehubungan itu, saya mengarahkan pegawai bahagian pelesenan untuk melakukan siasatan menyeluruh bagaimana kejadian berkenaan boleh berlaku. Kita mungkin akan memanggil pelbagai pihak tertakluk kepada hasil siasatan," katanya ketika dihubungi BH di sini, sebentar tadi. Video selama satu minit 20 saat itu menjadi viral di laman sosial termasuk WhatsApp, khususnya di negeri ini
Posted by Durian Kopi O on Thursday, January 21, 2016
"Saya tidak bersetuju dengan beberapa pihak yang cuba menjatuhkan saya dan imej keluarga saya sehingga menulis fakta yang tidak betul.
"Sebagai langkah profesional, saya akan berjumpa dengan pihak berkuasa untuk membuat penjelasan yang sebenarnya. Saya meminta maaf sekali lagi kepada yang membenci dan menghina atau berdendam kepada saya. Janganlah viralkan video itu lagi. Sekali lagi saya memohon maaf kepada semua pihak," katanya
0 Response to "'BUKAN SAYA SENGAJA TAYANG PAYUDARA' SAPA SURUH U OLLS NENGOK"
Catat Ulasan