Subhanallah! Penampakan ANEH Musibah Tanah runtuh dekat Lentang Bukit Tinggi


Kuantan: Laluan di KM52.4 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur dekat Lentang dan Bukit Tinggi ditutup di kedua-kedua arah susulan tanah runtuh 7.18 malam tadi.

ANIH Bhd, pengendali lebuh raya itu dalam kenyataannya berkata, pengguna dari arah Kuala Lumpur keluar di Bukit Tinggi atau kawasan rehat Lentang sebelum meneruskan perjalanan menggunakan jalan biasa.

"Bagi pengguna dari arah Kuantan pula, mereka dinasihatkan menggunakan jalan dalam dari Bentong Timur," katanya.






Laluan ditutup susulan tanah runtuh di di KM52.4 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur dekat Lentang dan Bukit Tinggi, 7.18 malam tadi. FOTO ihsan pembaca
[[KEMASKINI]](11 Gambar) Tanah Runtuh Di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Kuantan, Semua Laluan Terhalang



Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Kuantan (Karak) kira-kira jam 7 petang tadi berikutan hujan lebat.

Perkara ini dihebahkan oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) melalui laman Twitternya di mana menurut mereka semua laluan terhalang.


7.08pm KL-KARAK : Laluan alternatif dari Kuantan keluar ke P'simpangn Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke P'simpangn Genting Sempah— LLM (@LLMinfotrafik) November 11, 2015

7.04pmKL-KARAK : Tanah runtuh KM52.4 (Lentang-Bkt Tinggi). Kesemua laluan terhalang, trafik sesak kedua arah. Patuhi arahan pegawai bertugas— LLM (@LLMinfotrafik) November 11, 2015

7.00pm KL-KARAK : Maklumat awal tanah runtuh di KM 52.4 (Lentang - Bkt Tinggi). Kesemua laluan terhalang, trafik terhenti.— LLM (@LLMinfotrafik) November 11, 2015
Menurut LLM lagi, trafik dari kedua-dua arah sesak kerana tanah runtuh telah menyebabkan laluan terhalang dan orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan pegawai bertugas.

Untuk mereka yang melalui jalan berkenaan boleh menggunakan laluan alternatif dari Kuantan keluar ke persimpangn Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke persimpangn Genting Sempah.

UPDATE

Menurut seorang pengguna Twiter @FadhLiXZahari memberitahu jalan lama Karak buat masa ini tidak dapat dilalui kerana pokok tumbang.


@LLMinfotrafik @501Awani Jalan lama karak ada pokok tumbang. Hati hati. pic.twitter.com/VryI5mqQuW— PENN (@FadhLiXZahari) November 11, 2015
Pihak LLM meminta orang ramai yang ingin melalui jalan atau kawasan ini diminta untuk menangguhkan perjalanan terlebih dahulu.


8.19pm KL-KARAK : Tanah runtuh KM52.4 kesemua lorong terhalang kedua arah,trafik terhenti.Tangguhkan perjalanan andapic.twitter.com/NAjdC495Zw— LLM (@LLMinfotrafik) November 11, 2015
IPD Bentong sah jln lama juga tdk blh dilalui. P'guna diminta buat U-turn & tangguh prjlnan KL-Pantai Timur-KL.


Tanah runtuh L/R Karak - IPD Bentong sah jln lama juga tdk blh dilalui. P'guna diminta buat U-turn & tangguh prjlnan KL-Pantai Timur-KL.























0 Response to "Subhanallah! Penampakan ANEH Musibah Tanah runtuh dekat Lentang Bukit Tinggi"

Catat Ulasan