MasyaAllah!! Surau Markas Buli Pelajar Sekolah Pukul Terajang Sepak

Budak sekolah kurang ajar (VIDEO)



Besut: Polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian buli di sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini yang menjadi viral di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkaitan kejadian yang dibuat bapa mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, sekitar jam 9 pagi tadi.


"Kejadian itu dikatakan berlaku pada 15 Oktober lalu dan polis akan menjalankan siasatan termasuk mengesan penyebar video berkenaan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Rakaman video enam minit 29 saat itu menunjukkan beberapa murid dianggar berusia antara 10 hingga 12 tahun membuli mangsa yang juga murid sekolah berkenaan dipercayai di surau sekolah berkenaan.

Dalam rakaman itu, berapa murid dilihat menendang dan menyepak mangsa serta melakukan beberapa kekasaran lain.

Difahamkan, kejadian itu sudah kerap berlaku terhadap mangsa yang juga pengawas sekolah berkenaan tetapi mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga atau pihak sekolah.


Petikan gambar daripada rakaman video.

0 Response to "MasyaAllah!! Surau Markas Buli Pelajar Sekolah Pukul Terajang Sepak"

Catat Ulasan