‘Tak Nak Mengaku Pula Dah Tetak Isteri’



Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana terbabit dalam kejadian menetak seorang wanita menggunakan parang di Taman PD Utama, Port Dickson, Khamis lalu.

Tertuduh K Saravanan, 26, yang juga suami mangsa, serta Ahamad Mohd Latif, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun, selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa dengan sengaja mencederakan mangsa, D Megala, 24, menggunakan parang dengan niat atau pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.

Berikutan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

0 Response to "‘Tak Nak Mengaku Pula Dah Tetak Isteri’"

Catat Ulasan