Perubahan Dilihat pada Siti Sarah Amat Mengejutkan



Penyanyi terkenal, Siti Sarah telah dilihat memakai tudung semasa bertandang ke Bazar Ramadhan bagi membeli juadah berbuka puasa baru-baru ini.

“Sebenarnya setiap kali tibanya bulan Ramadhan, saya lebih selesa berhijab bagi mengh0rmati bulan mulia ini. Malah sudah beberapa tahun saya begini. Tak sangka pula tahun ni ada media yang notis dan bertanyakan hal ini.

“Saya terus terang tak berani dan tak tahu nak cakap dan k0men apa tentang imej ini.
Ianya memang datang secara semula jadi, bila Ramadan. Jadi saya tak berani nak kata apa bimbang nanti ianya tidak kekal pula bila tamat Ramadan.



“Lagipun berhijab dan menutup aurat ini satu perkara yang besar bukan setakat bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak memakai pakaian yang ketat dan singkat, jadi saya tak mahu ianya jadi perkara yang boleh dibuat main-main,” katanya.
Siti Sarah Kini Bertudung


0 Response to "Perubahan Dilihat pada Siti Sarah Amat Mengejutkan"

Catat Ulasan