Najib sedih dua murid SK Tohoi ditemui meninggal dunia


Najib sedih dua murid SK Tohoi ditemui meninggal dunia

NORIEEN (kiri) dan Miksudiar berjaya ditemui anggota mencari dan menyelamat di tepi Sungai Perias ketika Operasi Pos Tohoi, Gua Musang.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkongsi kesedihan dengan nasib dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di Gua Musang, Kelantan, yang ditemui meninggal dunia selepas hilang sejak Ogos lalu.

Perdana Menteri dalam akaun Facebooknya turut meluahkan rasa kesyukuran terhadap dua lagi murid yang ditemui selamat siang tadi. "Dua murid SK Tohoi yang hilang telah dijumpai selamat, Alhamdulillah. "Tetapi pada masa sama, saya berkongsi kesedihan keluarga dua lagi yang ditemui telah meninggal dunia. Semoga roh mereka dicucuri rahmat," katanya. Najib berkata, pasukan mencari dan menyelamat akan meneruskan usaha serta melakukan yang terbaik.

ANGGOTA penyelamat memberi minuman selepas menjumpai Miksudiar dan Norieen. - Foto Fathil Asri Beliau turut meminta semua rakyat Malaysia berdoa supaya kanak-kanak yang lain dapat ditemui. Terdahulu Miksudiar Alui, 11 dan Norieen Yaakob, 10, ditemui kira-kira 3.3 kilometer dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada jam 12.15 tengah hari, bersama satu mayat perempuan. Kedua-dua kanak-kanak itu adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 tahun dan 11 tahun, yang melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lalu.

Mayat yang ditemui kemudiannya dikenal pasti sebagai Ika Ayel, 9, selepas proses pengecaman dilakukan anggota keluarganya di Hospital Gua Musang (HGM).

0 Response to "Najib sedih dua murid SK Tohoi ditemui meninggal dunia"

Catat Ulasan