Gempar! Kecoh Amukan Pergaduhan di Taman BERSATU, PULAI malam Tadi.


Ipoh: “Kepala saya terpaksa dibedah untuk mengeluarkan darah beku dan menerima 51 jahitan selepas dihentak menggunakan objek keras oleh sekumpulan lelaki yang antaranya saya kenali,” kata R Thinesskumar, 19, remaja yang cedera parah dibelasah sekumpulan enam lelaki ketika minum di sebuah restoran di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini hujung minggu lalu.

Thinesskumar berkata, dia mengenali kumpulan penyerang itu, namun tidak pernah berhubung dan berkawan dengan mereka dan dia difahamkan, kumpulan terbabit sebenarnya tersilap membelasahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, 3 Oktober lalu, mangsa juga mengalami beberapa kecederaan lain di seluruh anggota badan termasuk dua jahitan di bibir.

Menceritakan kembali kejadian itu, Thinesskumar berkata, sebelum kejadian, dia bersama seorang rakannya ke rumah salah seorang suspek kerana rakannya memberitahu ada urusan, namun dia langsung tidak mengetahui tujuan rakannya itu.


THINESSKUMAR menerima 51 jahitan di kepalanya.

0 Response to "Gempar! Kecoh Amukan Pergaduhan di Taman BERSATU, PULAI malam Tadi."

Catat Ulasan