Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik perempuannya. Menerusi akaun Instagram miliknya, putera Johor itu memuat naik gambar adiknya, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah berpakaian baju kurung biru cair dengan rambutnya diikat.
“Apabila saya melihat komen mengenai adik saya yang tidak memakai tudung, ia sangat mengecewakan,” kata Tunku Idris. Beliau juga menyatakan bahawa adiknya itu menunaikan solat lebih banyak berbanding mereka yang mengenakan tudung.
Tunku Idris juga memberitahu bahawa Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan. “Adakah itu tidak cukup baik? Bukankah ia antara dia dan Allah?” soal Tunku Idris.
Tegas Tunku Idris lagi, masyarakat hari ini lupa bahawa orang Melayu bukannya bangsa Arab dan berpakaian seperti kaum itu tidak menjadikan seseorang itu lebih kuat pegangan agamanya.
Katanya selain menjadi pakaian agama, hijab adalah pakaian budaya bagi orang-orang Arab kerana ia melindungi pemakainya daripada panas atau ribut pasir. “
Ada orang alim pernah memberitahu saya, anda memakai tudung apabila anda benar-benar cantik atau benar-benar hodoh hingga boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain. Jadi ia membuatkan saya tertanya-tanya – siapalah kita untuk menghakimi,” kata Tunku Idris.
Related Posts :
Warga Emas Maut Dilanggar Kereta Porsche Anak Orang Kenamaan
Maut Dilanggar Kereta Porsche Anak Orang Kenamaan |KUCHING ; Seorang lelaki pertengahan umur maut selepas motorsikal yang ditunggangnya dir… Read More...
SAYU!! "Terkulai dalam Dakapan Ayah"
Kajang: Lelaki yang parah ditembak berhampiran Jalan Besar, Pekan Semenyih, di sini, Jumaat lalu, dipercayai ada kaitan dengan kumpulan k… Read More...
Tahniah! Wajah terkini Diana Danielle yang baru selamat lahirkan ORANG baru
Jom tengok 3 foto wajahnya yang amat comel kat
Farid Kamil berkongsi gambar mengenai perkembangan isterinya, Diana Danielle, yang m… Read More...
Masih ingat ROSMUNIRA Bekas Suami Siti NORDIANA inilah cerita terbarunya.
BERDAMAI!!! Siti Nordiana & Rosmunira Hapus Dendam Selepas Kematian Faizal
Penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 27, yang sebelum ini b… Read More...
Akan Menamatkan Zaman Bujang. Pasti anda terkejut AKAN SebabnyaEh, pelawak Yus Jambu, 38 tahun, dikhabarkan akan berkahwin. Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh beliau dimana gadis pilihannya itu … Read More...
0 Response to "REPLY Tunku Idris, Ekoran Tunku Aminah DIKUTUK TERUK Oleh Netizen"
Catat Ulasan