Janda Dirogol,Diugut Gambar Dan Video Lucah Disebar
Seorang buruh binaan ditahan polis semalam, kerana disyaki merogol seorang janda dalam kejadian berdekatan kawasan perkuburan Cina di Morsjaya di sini.
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di tempat letak kenderaan di Morsjaya oleh anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Balai Polis Pusat Miri, kira-kira jam 10 pagi.
Menurut sumber, dalam kejadian itu suspek datang menjemput mangsa berusia 27 tahun di rumahnya untuk keluar makan malam. Katanya, suspek membawa mangsa ke satu lokasi dengan menaiki sebuah motosikal dan sebaik tiba dua lelaki dipercayai rakan suspek telah mengikat tangan dan menutup mata mangsa sebelum mangsa di bawa ke kawasan kejadian.
“Lelaki itu dikatakan merogol mangsa di atas motosikal manakala dua lagi rakan suspek bertindak memegang tangan mangsa.
“Suspek turut mengugut akan menyebarkan gambar yang dirakam sekiranya mangsa membuat laporan polis,” katanya. Sejurus kejadian itu, suspek bersama dua rakannya melarikan diri bersama sejumlah wang, telefon bimbit dan My Kad milik mangsa.
“Mangsa menyelamatkan diri selepas suspek melarikan diri dan meminta bantuan orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Superintendan Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
0 Response to "Janda Dirogol,Diugut Gambar Dan Video Lucah Disebar"
Catat Ulasan