Pelakon Kamal Adli menafikan dia melangsungkan pernikahan dengan pelakon Emma Maembongselepas gambar mereka ‘berkahwin’ menjadi viral di Internet. Kamal berkata, gambar mereka kononnya bernikah itu adalah antara babak dalam drama Jodoh Sebelah Pintu lakonannya dengan Emma.

Menurut Kamal, dia sudah memuat naik gambar itu di Instagram sudah lama dengan tujuan mempromosikan drama itu dan tidak sangka baru sekarang ia menjadi viral.
“Tak sangka pula baru sekarang ia diperkatakan hingga menjadi viral. Pelik juga apabila ada yang mempercayainya,” katanya
Gambar mereka lengkap dengan persalinan perkahwinan yang memaparkan Emma bersalam dan mengucup tangan Kamal itu dimuat naik pihak tertentu di Internet kononnya mereka bernikah pada 27 September lalu di Terengganu.
Walaupun tidak pernah membuat pengakuan dia bercinta dengan Emma, Kamal tidak menolak sekirannya dia ada jodoh dengan Emma.
“Kalau betul kami berkahwin, bukan dengan cara itu. Perkara baik takkan nak sorok. Apa pun, setiap kata-kata peminat saya anggap satu doa. Kalau ada jodoh antara kami, saya tak menolak kerana itu adalah ketentuan Allah SWT,” katanya.
Kamal berkata, sejak dia mula berkawan dengan Emma, hubungan mereka berjalan dengan baik.
Related Posts :
"Setiap hari saya balut Tisu Tandas untuk luka ibu"
Kota Bharu: Biarpun dalam kesusahan, saya terus galas tanggungjawab jaga emak sakit,” kata Nik Masku Hairi Saari, 20, anak kepada Tuan Sit… Read More...
Kekasih Mia Ahmad di "Rampas" Mira Filzah!!!
#Mira berkata demikian ketika diminta mengulas tentang satu kiriman emel yang diterima mStar Online dengan mendakwa dia sebagai pun… Read More...
"Kalau Kau Datang Singapura Memang Kau Gali Kubur Sendiri"
#Sebelum ini, pelakon dan pengacara kelahiran Singapura, Shenty Feliziana mendedahkan dirinya telah dikasari oleh seorang pelakon lel… Read More...
Jatuh Tingkat 13 Hotel Melaka "pemandu viva MAUT dihempap"
Kejadian menyayat hati berlaku di Equatorial Hotel di Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Melaka apabila sebuah kereta Perodua Viva dihemp… Read More...
Perubahan mendadak Syatilla Melvin, kekasih baru Shaheizy Sam Memeranjatkan
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Syatilla Melvin kerana sudah pun berhijrah untuk bertudung sejak dua minggu lalu. Bagaimanapun, pe… Read More...
0 Response to "PENJELASAN KAMAL ADLI SUDAH BERKAHWIN EMMA MAEMBONG"
Catat Ulasan