Nama Bayi Berusia 1 Tahun Yang Tidak Mempunyai Tengkorak Kepala Dan Otak
Bayi yang dilahirkan dengan separuh tengkoraknya tiada, sambut ulangtahun pertama.
Dilahirkan dengan sebahagian besar otak dan tengkoraknya tiada, bayi lelaki Jaxon Emmet Buell tidak dijangka boleh hidup. Malah, ibu bapanya telah dinasihatkan untuk menggugurkan kandungan setelah doktor mengetahui keadaan anak mereka.
Tetapi siapa sangka keajaiban yang berlaku. Jaxon baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Ibu bapa Jaxon, Brandon dan Brittany Buell diberitahu bahawa anak mereka mempunyai kecacatan otak yang melampau dan mungkin kehamilan tersebut tidak akan berjaya.
Namun Jax Strong, iaitu nama yang diberi di laman sosial kini berusia satu tahun. Cerita inspirasi bayi ajaib ini dikongsikan hampir 18,000 orang orang dan hampir 90,000 orang telah like pagenya di Facebook.
Jaxon didiagnosiskan mempunyai Anencephyaly, iaitu kecacatan kelahiran tube neural di mana bayi dilahirkan tanpa bahagian-bahagian otak dan tengkorak tetapi doktor masih tidak pasti seteruk mana ia akan menjadi.
Walaupun doktor menasihati mereka melakukan pengguguran pada minggu ke-23, mereka tidak mahu kerana itu bukanlah kuasa mereka. "Siapa kami untuk menentukan? kami diberi zuriat diberi peluang dan kamilah kekuatan anak kami."
Jaxon dilahirkan pada 27 Ogos 2014 seberat 4 paun. Brandon berkata, "ia sesuatu yang sangat emosi. Saya masih ingat memegang dia pada hari kedua dan mendengar doktor mengatakan anak saya mungkin tidak boleh berjalan, tidak boleh bercakap, tidak tahu bila dia lapar atau tidak boleh mendengar serta melihat. Mereka betul-betul tak menyangka yang Jaxon berjaya hadapi semua ini."
Pasangan ini juga menceritakan sokongan yang mereka dapat menjadikan mereka kuat! Ke mana sahaja mereka pergi pasti ada yang menegur Jax Strong. Nickname tersebut berjaya memberi impak bukan sahaja kepada keluarga ini tetapi seluruh rakyat Amerika.
0 Response to "Nama Bayi Berusia 1 Tahun Yang Tidak Mempunyai Tengkorak Kepala Dan Otak"
Catat Ulasan