Marshanda Terus Dikritik Netizen Selepas Buka Hijab Dan Seksi
Pelakon Indonesia Marshanda teruk dikritik apabila dia kini lebih gemar bersosial setelah mengambil keputusan untuk tidak berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani tahun lalu.
Marshanda atau lebih mesra dengan panggilan ChaCha ini gemar berkongsi foto-foto aktiviti hariannya di akaun Instagram peribadi khas untuk tatapan peminatnya.
Namun tidak semua pengikut Instagramnya bersetuju dengan gaya hidup ‘baru’ aktres cantik tersebut dan ada yang mendakwa bahawa dia kini lebih seksi berbanding sebelum bertudung dahulu.
Tidak dinafikan ada beberapa foto yang dianggap tidak manis untuk dijkongsi lebih-lebih lagi yang mendedahkan sebahagian tubuhnya.
*ANTARA FOTO MARSHANDA YANG MENCETUSKAN KONTROVERSI.*
Foto-foto tersebut juga telah mengundang kontroversi di mana ada pengikut yang berpendapat bahawa Marshanda tidak sepatutnya terlalu mendedahkan tubuh walupun sudah tidak berhijab.
Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi sinetron berjudul ‘Solehah’ ini telah memuat naik sekeping foto di Instagram dengan kapsyen yang seakan-akan tidak peduli dengan pemikiran orang lain.
“Thanks for being you.. I learn a lot and love myself even more at the end!!” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun ada juga peminat yang mendoakan supaya pelakon kesayangan mereka itu berubah dan kembali berhijab.
Berikut merupakan beberapa komen yang diterima oleh Marshanda:
0 Response to "Marshanda Terus Dikritik Netizen Selepas Buka Hijab Dan Seksi"
Catat Ulasan