Kesan tembakan di kepala koperal

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:59 PMBaling: Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) maut dengan kesan tembakan di kepala di bilik air di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, di sini, hari ini.

Sumber polis berkata, mayat koperal lelaki berusia 48 tahun itu ditemui seorang tukang kebun, kira-kira 10 pagi ini.
Menurutnya, polis turut menemui pistol jenis Walter P99 dipercayai milik mangsa.
Sehingga ini, katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian.
Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk bedah siasat.

0 Response to "Kesan tembakan di kepala koperal"

Catat Ulasan