GAMBAR: Syoknya Maya Karin Bermain Ski Di Switzerland ..!


10906410_10153028908865827_6813157327903105890_n

RASANYA sudah lama tak dengar perkhabaran mengenai pelakon jelita bernama Maya Karin ini.
Meskipun dilihat sepi seketika daripada produk baru di layar perak mahupun kaca televisyen, namun popularitinya masih hangat di kalangan peminat seni.
Dengar-dengarnya, heroin Ombak Rindu ini sedang seronok bercuti sekaligus meraikan tahun baru 2015 di negara Switzerland.
Bila sebut Switzerland sahaja, pasti ada yang mula membayangkan pemandangan indah gunung-ganang dilitupi salji tebal yang cukup sinonim dengan negara tersebut.
Tak hairanlah mengapa ianya jadi destinasi pilihan Maya Karin.
Lihat sajalah aksi-aksinya bermain ski di Montreux.
10865002_562986600505319_1868700885_n10903625_337293323138206_375435427_n10914438_316850008522976_1687854164_n
Memang tak dapat dinafikan cantik sungguh pemandangan yang dinikmati Maya Karin ketika ini.
Bukan main gembira lagi nampaknya melakukan aktiviti sukan ini, sambil ditemani rakan-rakan.

Kami yang melihat hanya mampu berangan-angan sajalah dulu untuk ke negara itu..

0 Response to "GAMBAR: Syoknya Maya Karin Bermain Ski Di Switzerland ..!"

Catat Ulasan