Terbongkar sekali lagi! Fareeda Terkini Bukan lagi Tudung Rekaan Eksklusif


Kantoi! Tudung Terkini Keluaran Fareeda Bukan Rekaan Eksklusif



Selepas video orang ramai berebut di hadapan premis Fareeda menjadi viral, hari ini beberapa keping foto mengenai rekaan tudung terkini keluaran jenama tersebut pula dipersoal netizen.

Beberapa pengguna laman sosial telah berkongsi tudung dipakai mereka di laman sosial yang rekaannya saling tidak tumpah seperti tudung terbaru keluaran Fareeda.

Lebih memeranjatkan apabila mereka (pengguna laman sosial) mendakwa telah membeli tudung tersebut (rekaan sama) pada dua hingga empat tahun yang lalu.

Persamaan tersebut (mungkin tidak sengaja) telah menimbulkan kemarahan netizen yang merasakan mereka tertipu dengan jenama tudung popular itu.

Tambahan lagi, ada pengguna laman sosial yang mendakwa tudung digayakan Mawar Abd Karim itu hanya berharga RM10 dan boleh didapati dengan mudah di pasar raya atau pasar malam.

Netizen turut mendakwa tidak berbaloi orang ramai berebut dihadapan premis Fareeda baru-baru ini semata-mata mahu mendapatkan tudung terbaru yang kononnya rekaan eksklusif itu.

Tidak kurang juga yang 'memulang paku buah keras' kepada Fareeda kerana pernah mengeluarkan kenyataan akan menyaman pihak yang meniru rekaan tudung mereka.

Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, Astro Gempak masih belum berjaya mendapatkan kenyataan daripada pemilik jenama Fareeda, Mawar mengenai perkara ini.

Di bawah Astro kongsikan beberapa foto tudung rekaan 'terbaru' Fareeda yang dibeli pada beberapa tahun lepas dan komen netizen tentang perkara tersebut:

0 Response to "Terbongkar sekali lagi! Fareeda Terkini Bukan lagi Tudung Rekaan Eksklusif"

Catat Ulasan