Pihak Hospital Dedahkan PUNCA UTAMA Mr Os Meninggal Dunia Sebentar tadi


Inilah PUNCA UTAMA Mr Os Meninggal Dunia Yang Ramai Tak Tahu !!!

Artis komedi popular era 1990-an, Mr Os atau nama penuhnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 55, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.50 petang tadi kerana kanser paru-paru di Hospital Selayang, di sini.



Kematian pelakon veteran kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu disahkan oleh anak kelimanya, Hafizul Mohd Yusof.



Beliau berkata, bapanya sudah setahun menderita penyakit itu dan pernah menerima rawatan selama lapan hari di hospital yang sama selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan tonsil pada Mac tahun lalu.

Allahyarham memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung. Hanya pada tahun 1987, arwah diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr Os.

Arwah pernah dua kali memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi filem Mr Os pada tahun 1987 dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).



Arwah bagaimanapun selepas itu menyepikan diri dari dunia perfileman dengan bekerja sebagai pemandu teksi namun kembali aktif pada tahun 2009 menerusi program televisyen Apa Ke Halnya? siaran TV9.

0 Response to "Pihak Hospital Dedahkan PUNCA UTAMA Mr Os Meninggal Dunia Sebentar tadi"

Catat Ulasan