Penjelasan SEBENAR koleksi baru ‘Sweet Love Fareeda’ seperti edisi Corak Lama


‘Sweet Love Fareeda’ Corak Lama Dan Biasa?

Selepas isu mengenai perebutan nombor giliran untuk membeli tudung bagi peminat tudung Fareeda yang bertemakan ‘Sweet Love Fareeda’ pada 2 dan 3 April 2016 lalu di gudang Butik Fareeda Bangi, hari ini media sosial viral lagi dengan isu di mana tudung ‘Sweet Love Fareeda’ yang dikeluarkan oleh pihak Fareeda sebenarnya corak tudung lama yang biasa dan senang untuk didapati!



‘Sweet Love’ diketahui merupakan tudung jenama baharu keluaran butik Fareeda, tetapi bagaimana pula tudung jenama ‘baharu’ dikatakan baharu jika corak tudung berkenaan merupakan corak tudung yang lama dan sudah dimiliki oleh rakyat Malaysia?

Ini terjadi apabila beberapa orang pengguna laman sosial mula memuat naik gambar tudung mirip corak tudung koleksi ‘Sweet Love Fareeda’ milik jenama Fareeda. Beberapa laman sosial di Facebook menviralkan isu ini dan mula mendapat perhatian orang awam. Ini diviralkan lagi mengenai kes kebiadapan admin Facebook Fareeda. Para pengguna laman Facebook mula mendesak admin untuk menerangkan kepada para pengguna mengenai isu corak jenama Fareeda koleksi ‘Sweet Love’ ini. Tetapi sehingga ke saat ini masih tiada penerangan mengenai isu ini disuarakan.



Gabungan koleksi gambar pengguna laman sosial Facebook dan koleksi tudung “Sweet Love Fareeda” yang mendapat Like sebanyak 19k dan perkongsian sebanyak 9k.





Apa yang menarik adalah kebanyakkan pengguna laman Facebook yang memiliki tudung seakan koleksi ‘Sweet Love Fareeda’ membeli tudung berkenaan pada beberapa tahun yang lalu, di lokasi yang berlainan. Ada pengguna yang mendakwa membeli tudung corak yang sama di Thailand dan sebagainya.



Bukan itu sahaja, apa yang menarik lagi adalahmereka mendapatkan tudung yang sama dengan harga jauh lagi murah daripada harga koleksi ‘Sweet Love Fareeda’. Ada yang mendakwa membeli tudung berkenaan dengan harga RM10, tidak kurang RM30 dan sebagainya. Harga ini sangat berbeza dengan harga yang dijual oleh pihak Butik Fareeda yang dijual pada harga RM130 hingga RM250!





Apa yang menariknya lagi, salah satu koleksi ‘Sweet Love Fareeda’ ini pernah digunakan oleh Heliza dalam video klipnya ‘Jom Zikir’ ada tahun 2013. Tudung yang dipakai oleh Heliza dan tudung koleksi ‘Sweet Love’ hanya berbeza pada warna sahaja, corak rama-rama dan polka dot hitam masih sama.



Ada juga seorang pengguna mendakwa corak berkenaan sudah dijual oleh penjual di laman sosial Instagram pada 2013 yang lalu.



Semoga pihak Butik Fareeda segera menerangkan isu ini supaya tidak menghilangkan kepercayaan pelanggan dan popularitinya sebagai jenama yang mempunyai hak cipta sendiri.

0 Response to "Penjelasan SEBENAR koleksi baru ‘Sweet Love Fareeda’ seperti edisi Corak Lama"

Catat Ulasan