Detik sayu seorang isteri kucup ‘selamat tinggal’ dari dalam ambulan dahi suaminya


Detik sayu seorang isteri yang cedera parah kucup dahi suaminya yang meninggal dan ucap selamat tinggal

Detik sayu seorang isteri yang cedera parah kucup dahi suaminya yang meninggal dan ucap selamat tinggal

Suasana pengkebumian seorang mangsa kemalangan di Kampung Sri Mariah, Batu Gajah, Perak, semalam ‘dihujani air mata’ melihat kesedihan yang ditanggung isteri mangsa.


Isteri ucap ‘selamat tinggal’ dari dalam ambulan

Rafidah Othman hanya mampu mengucap selamat tinggal dengan mengucup dahi arwah suaminya. Zul Haizar Asmar Marzuki dalam keadaan dia menanggung kesakitan kerana cedera parah.

Rafidah diturunkan hanya pada pintu ambulans sahaja kerana pembedahan yang dijalaninya masih tidak cukup 24 jam.

Ketika itu dia masih dalam keadaan terkejut kerana baru diberitahu suaminya meninggal dunia dalam kemalangan itu.

Jenazah suaminya diangkat mendekati Rafidah dan diiringkan sedikit untuk memudahkan Rafidah mengucup dahi suami buat kali terakhir.


Kejadian sedih itu diceritakan oleh anak saudara mangsa, Ummi Najihah yang dikongsikan beberapa blog.

“Sayu rasanya melihat peristiwa seperti ini, tetamu yang mengerumuni mereka turut menangis hiba mengenangkan nasib seorang isteri yang tidak berupaya melihat jenazah suaminya. Dua orang anaknya didekatkan pada ibunya (Rafidah) untuk ibunya mengucup anak-anaknya itu. Sayu lagi keadaan melihat ibu & anak-anaknya menangis,” tulis Ummi Najijah.

0 Response to "Detik sayu seorang isteri kucup ‘selamat tinggal’ dari dalam ambulan dahi suaminya"

Catat Ulasan