Che Ta Pakaikan Anak Baju Anjing mencetuskan Pergaduhan


Che Ta Dikritik Pakaikan Anak Baju Gambar Anjing

Pelakon jelita, Rozita Che Wan sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila beliau memuat naik sebuah video anaknya, Aisyah Dhia Rana berjoget sambil memakai baju bergambar anjing. Tindakannya itu bagaimanapun dikritik ramai sehingga mencetuskan pergaduhan sesama sendiri.



Kebanyakan peminat Che Ta mula menegur tindakannya yang sewenangnya memakaikan anaknya baju bergambar anjing kerana dikatakan tidak elok dipandang. Malah ada juga menyindir sinis dengan mempersoalkan kemampuan kewangan pelakon itu yang seolah tidak ada pilihan baju lain.

Namun begitu, setakat ini Che Ta masih belum memberikan komen balas berhubung perkara yang terjadi. Malah video yang dimuat naik itu turut dibiarkan sahaja di akuan Instagram miliknya walaupun selepas dikritik oleh orang ramai.

      

0 Response to "Che Ta Pakaikan Anak Baju Anjing mencetuskan Pergaduhan"

Catat Ulasan