Mangsa di kenali dengan nama Norzaimah Azizi bersama anaknya berusia enam bulan maut manakala suaminya dikenali dengan nama Azmeer cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam nahas ngeri di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai dekat sini pagi tadi.
Dalam kejadian yang berlaku pukul 9.50 pagi, kedua-dua mangsa dipercayai terjatuh dari cerun setinggi 20 meter ketika motosikal yang ditunggang suaminya terbabas dan melanggar tembok di kiri jalan berkenaan.
Berikutan kejadian, isteri dan anak mangsa telah terpelanting dan jatuh ke cerun bukit berhampiran sebuah kawasan flat di situ. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika ditemui tengah hari tadi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.
Hasil siasatan pihak polis, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal membawa isteri sambil memangku anak kecilnya, namun apabila sampai ke satu selekoh tajam, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tebing jalan menyebabkan isteri dan anaknya tercampak jatuh ke bawah bukit berhampiran kawasan perumahan.
Mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan.
0 Response to "Video akhir kemalangan Tragis 'kenapa sayang pergi terlebih dahulu'"
Catat Ulasan