Bagaikan pasangan yang cukup serasi dalam filem Sembilu 22 tahun lalu, kemunculan bersamaAwie dan juga Erra Fazira dalam filem terbaru yang menggandingkan mereka iaitu Warna Cinta kembali membuka kenangan pelakon ini.
“Perhubungan saya dengan Awie yang sudah saya anggap seperti abang saya sendiri. Di mana saya boleh bergurau senda, berbincang dan sebagainya. Kalau jadi kekasih pula dia ini jenis kuat cemburu,” katanya berseloroh.
Sementara itu dalam perkembangan lain, menurut Erra, dia menghormati keputusan bekas suaminya, Engku Emran supaya tidak melibatkan puteri sulungnya, Engku Aleesya ke dalam bidang seni.

“Keputusan bukan di pihak saya seorang harus ada persetujuan bapanya. Jadi saya tahu bapanya tidak mengizinkannya buat masa ini. Itu sebabnya, anak saya tidak terlibat dengan mana-mana dan saya pun bukan jenis memaksa,” katanya ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Warna Cinta Impian.
Tambahnya, selagi benda tersebut tidak bercanggah, tidak salah untuk bekas suaminya mengehadkan aktiviti anak sulungnya itu. Bagaimanapun, Erra menjelaskan perkara tersebut mempunyai batasan dan jika dia perlu bersuara, barulah dirinya akan menyatakan pendiriannya.
0 Response to "PUNCA AKHIRNYA ERA BUKA MULUT TIDAK MAHU KEMBALI JADI KEKASIH AWIE"
Catat Ulasan