Islam Bertudung Selamatkan Anjing dilanggar kenderaan Tapi tiada Berlapis ??


Wanita Islam selamatkan anjing dilanggar kenderaan



PETALING JAYA: Seorang wanita beragama Islam membuat keputusan mengangkat seekor anjing yang terbaring di tengah-tengah pembahagi jalan dipercayai akibat dilanggar kenderaan.

Menerusi visual yang menjadi viral, wanita yang memakai baju warna hitam itu mengangkat anjing berkenaan menggunakan kedua-dua belah tangannya tanpa beralas.

Netizen yang telah menonton video berkenaan rata-rata memuji tindakan wanita itu dan menganggap ia mempunyai hati yang mulia kerana bertindak mengangkat haiwan yang disifatkan najis meskipun dia beragama Islam.

Seorang pengguna Joe Joe memberikan komen “Walaupun seekor anjing makhluk Allah juga..mulia hati kak ni.. janji ikhlas.. anjing tu perlu pertolongan..

Dominix River menyatakan “Perlakuan ygbaik@contoh bukan hanya melalui kata2 saja, namun melalui tindakan… #respect”

Adi Ra Den pula memberikan komen “Islam tu mudah tak menghalang ketika dalam darurat,” tulisnya.



Seorang wanita Islam, selamatkan seekor anjing yg dilanggar. Gua respect you kakak 󾍇For more videos visit www.myscreen.my
Posted by MyScreen Official on Monday, March 14, 2016

1 Response to "Islam Bertudung Selamatkan Anjing dilanggar kenderaan Tapi tiada Berlapis ??"

  1. Fuyoo anjing pun mahluk ALLOH lah brooo biar pun najis, kan bisa di sucikan lgi broooo itu macam salah kah,itu namanya berprikemanusiaan.... dia pegang jer lah tak dia makan pun tu anjing.... betul tak

    BalasPadam