Terpalit dengan tuduhan mandul selepas lima tahun mendirikan rumah tangga tanpa zuriat bersama bekas suami, Raja Farah tidak menafikan yang beliau pernah bimbang perkahwinan terbarunya juga gagal memberi zuriat seperti perkahwinan yang terdahulu.
BACA: Raja Farah Disahkan Hamil Setelah Pulang Dari Umrah
Pernah saya tanyakan kepada suami, jika benar saya tidak boleh mengandung, apa yang dia akan lakukan? Sampai sebegitu sekali rasa ragu dan bimbang saya
Ternyata saya telah mengahwini seorang lelaki yang sangat positif. Dia tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang menakutkan. Jawapannya buat saya ketika itu amat mudah dan ringkas tidak mengapa kita terus berdoa dan berdoa. Itu sahaja
Ada yang meminta maaf kerana pernah menuduh saya macam-macam sebelum ini. Bagi saya perkara ini normal semua orang membuat kesalahan. Berhati-hati sebelum menjatuhkan hukuman kepada orang lain juga. Sebab bagi saya yang melalui perkara itu, ternyata bukan mudah untuk diri ini menelan setiap pertuduhan. Kita sebagai wanita cepat sensitif dan emosi kita mudah terpengaruh, katanya.
0 Response to ""Buktikan dahulu Dirinya tidak Mandul" - Raja farah"
Catat Ulasan