"Ajal motosikal rempuh treler, Rakan Wanita maut tanpa rupa identiti"


Ajal motosikal rempuh treler

Kangar: Wanita maut, rakan lelakinya pula parah selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh treler yang diletakkan di bahu jalan di KM3.8 Jalan Tuanku Syed Putra, Seriab, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada 7 pagi itu, kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan ke Kangar dari Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, ketika menghampiri kawasan Seriab, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mohd Fitri Jasni, 19 cuba membrek di laluan berpasir selepas melihat treler itu, namun gagal dan merempuh bahagian tepi treler.

“Rempuhan itu menyebabkan pembonceng wanita yang dibawa oleh Mohd Fitri maut.

“Mohd Fitri parah di bahagian tangan kanan dan tidak sedarkan diri manakala pembonceng wanita yang maut itu masih belum dapat dikenal pasti identitinya kerana tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersamanya,” katanya.

Menurutnya, kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


























0 Response to ""Ajal motosikal rempuh treler, Rakan Wanita maut tanpa rupa identiti""

Catat Ulasan