Sayu !! Bakal Pengantin Lelaki 28 Februari Maut Ditumbuk Bapa Saudara



[7 FOTO]SAYU. TIDAK SEMPAT BERKAHWIN 28 FEBRUARI INI. MAUT DITUMBUK. ALFATI HAH.






Klang: Pemandu van maut selepas dipercayai dibelasah bapa saudara kanak-kanak di tepi Jalan Kampung Sungai Udang, di sini, malam tadi.

Difahamkan, datam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohd lzhharuddin Nordin, 24, dikatakan tertinggal mengambil anak saudara lelaki terbabit pulang dari sekolah agama.

Ketua Polis Daerah Klang, Selatan Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, suspek berusia 29 tahun itu kemudiannya bertindak mengekori van terbabit dengan motosikalnya dan meminta mangsa memberhentikan kenderaannya.

"Berlaku pertengkaran di antara mereka dan suspek dikatakan telah menumbuk mangsa sebelum mangsa tidak sedarkan diri.

"Selepas insiden berkenaan, mangsa dipercayai meninggal dunia di dalam van berkenaan,"katanya.

Azman berkata, sepasukan anggota polis memberkas suspek kira-kira sejam selepas kejadian di rumahnya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bedah siasat mangsa akan dilakukan pada esok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) Klang.

Mangsa dan abangnya bakal bernikah dengan gadis pilihan masing-masing pada 28 Februari ini.

0 Response to "Sayu !! Bakal Pengantin Lelaki 28 Februari Maut Ditumbuk Bapa Saudara"

Catat Ulasan