Istana Mewah Terbaru Bernilai lebih RM20 Juta Milik Datuk Seri Vida




"QU Puteh, Barulah Putih', satu slogan yang mungkin agak kelakar pada pendengaran, malah sesetengah orang berasa terganggu apatah lagi apabila diulang berkali-kali. Hakikatnya, slogan tersebut telah berjaya melonjak kembali populariti pengasas produk kecantikan terkenal tanah air, Datuk Seri Dr. Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

Slogan tersebut dilihat memberi impak besar kepada perniagaannya dan menjadi sebutan ramai tidak kira daripada anak kecil hinggalah dewasa, biarpun pada masa sama tidak kurang yang memperolok dan memperlekeh dengan melempar kata-kata kurang enak.

Tidak cukup dengan itu, Vida turut dikritik hebat dengan penampilannya yang sentiasa ‘disinari’ kilauan dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.


Berilah gelaran apa pun, bagi Vida, sedikit pun tidak menjadi ‘kudis’, malah dia amat berbangga kerana sekurang-kurangnya slogan yang dianggap kelakar serta penampilan yang dianggap keterlaluan menjadi sebutan ramai.

Datuk Seri Vida juga kembali popular setelah menaja rancangan Gegar Vaganza musim kedua yang menjadi viral dan mencatatkan rating yang tinggi di Malaysia baru-baru ini.

Menerusi satu rancangan televisyen di Astro bersama pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk Seri Vida telah menunjukkan sedikit sebanyak barangan peribadi miliknya.

Ini termasuk rumah mewah, barang kemas dan juga koleksi kereta. Yang paling best ialah rumah mewah bernilai yang bernilai RM20 juta.



0 Response to "Istana Mewah Terbaru Bernilai lebih RM20 Juta Milik Datuk Seri Vida"

Catat Ulasan