Ganjaran ALLaH terlalu besar! ALLaH sendiri balas siapa yang DIA gerakkan

Sesusah manapun kita, ada insan lain yg lebih susah.. Kisah ibu muda yg ditinggal suami tanpa sebarang khabar berita sejak April 2015 benar-benar menyayat hati.. Hampir setahun dia digantung tak bertali.. Terkontang kanting sendiri bersama anak-anak yg masih kecil.. Ketika suaminya menghilangkan diri, dia sedang hamil anak yg bongsu.. Keluarga mertua langsung tak dapat dihubungi lagi..

Anak-anak beliau berusia 10 tahun, 8 tahun, 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun dan 5 bulan.. Anak sulungnya pengidap dylexia.. Anak yg kecil sering tak sihat.. Ketika ditinggal suami, beliau menyewa flat 3 bilik dan bantuan zakat yg diterima sebanyak RM600 sebulan terpaksa digunakan utk membayar sewa rumah.. Demi mencari rezeki sesuap nasi, ibu muda ini buat karipap frozen bergantung kepada pesanan yg dijual dgn harga 40sen sebiji..

Dia sebatang kara membesarkan anak-anaknya.. Dengan keadaan rumah yg daif dan kesihatan anak yg tak menentu, adakalanya beliau tak dapat berniaga sehingga tiada langsung makanan utk anak-anak di rumah.. Luluh hati melihat wajah-wajah comel ini yg masih tak mengerti erti kesusahan hidup.. Pada mereka bila ibu beritahu hari ini kita kena puasa sebab ALLaH suka orang berpuasa, anak-anak ini menurut tanpa bantahan..

Hanya air mata jadi peneman ibu muda ini tatkala beras terakhir sudahpun dijadikan bubur semalam.. Kepada sesiapa yg ingin menderma, silakan.. Wang, makanan atau pakaian amat dihargai.. 

Ibu muda cekal ini tak pernah sekalipun meminta-minta dan mengharap belas ihsan simpati orang.. Semua diterima sebagai ujian ALLaH ke atas dirinya.. Dia masih percaya, ada orang yg lebih susah daripada dirinya.. Selama ini dia hanya mengadu kepada Tuhan agar dia kuat dan sihat dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya..

Nama: Rozalinawati binti Rosli
Akaun: 1627-6802-0237 (Maybank)
Alamat: 4-2-10, Blok 4, Gugusan Dahlia,
Jalan Pekaka 8/7 Seksyen 8 Kota Damansara 47810 Selangor
Nombor Telefon: 0182784509

"Rezeki buat golongan asnaf itu ALLaH yg beri.. Jika timbul rasa dalam hati kita untuk bersedekah, itu tandanya ALLaH yg gerakkan hati kita.. ALLaH tetapkan rezeki mereka datangnya melalui hambaNya yg lain iaitu kita..

Walaupun kita tak sekaya mana.. Walaupun kita pun adakalanya susah juga.. Ganjaran ALLaH terlalu besar.. ALLaH sendiri akan balas siapa yg DIA gerakkan hatinya untuk bersedekah.. Ketahuilah bahawa semuanya ALLaH belaka..

Percayalah.. Sedekah tak akan buat kita jadi miskin!!"

Mari kita semua pakat bantu ibu muda ini..


0 Response to "Ganjaran ALLaH terlalu besar! ALLaH sendiri balas siapa yang DIA gerakkan"

Catat Ulasan