Penaja utama The Red Warriors (TRW), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad itu yang berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi aksi Liga Malaysia musim ini.
Malah Vida turut tidak bersetuju jersi idamannya yang menggunakan warna merah jambu sekadar digunakan sebagai jersi ketiga TRW.
Sebaliknya, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida tetap mempertahankan keputusannya bahawa warna berasaskan merah jambu perlu digunakan pada dua jersi utama pasukan tersebut seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian penajaan sebelum ini.
"Saya tidak setuju jersi utama kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan biru putih seperti yang diumumkan pada Sabtu.
"Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah," katanya kepada mStar Online.
Susulan itu, Vida telah mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan tertinggi untuk membincangkan perkara itu pada petang Ahad.
"Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama," katanya.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri bendahari Kafa, Nik Aminaldin Nik Jaafar dan ditemani peguam Vida.
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa tidak hadir pada mesyuarat itu.
Difahamkan Kafa masih mempunyai kontrak perjanjian dengan Nike bagi jersi dan lain-lain tajaan syarikat gergasi sukan itu selama setahun lagi.
Ketika ditanya mengenai reaksi Kafa, Vida berkata, mereka akan berusaha merealisasikan permintaannya.
"Selepas beberapa mesyuarat sebelum ini, saya terpaksa tegas dengan wawasan saya untuk pasukan ini. Sebab itu saya bawa bersama peguam pada hari ini," katanya.
Usahawan wanita itu berharap agar isu warna pada jersi itu akan diselesaikan dengan kadar segera.
"Saya harap ia akan diselesaikan minggu depan. Setakat ini masih belum ada kata putus daripada Kafa mengenai perkara ini," katanya.
Vida berkata, jersi berwana merah jambu itu merupakan salah satu daripada 33 syarat tambahan yang dipersetujui antara beliau dan Kafa dua minggu lalu.
Pada Sabtu, Annuar mengumumkan Kelantan akan mengekalkan jersi berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi saingan musim ini.
Beliau berkata, Kafa akan mendaftar jersi kedua di gelanggang sendiri dengan warna 'shocking pink' seperti yang diminta Vida.
"Jersi tersebut akan dilancarkan pada satu tarikh yang ditetapkan penaja utama Datuk Seri Vida," kata Annuar.
Terdahulu, Annuar berkata, jersi Nike TRW akan diperkenalkan kepada umum pada 10 Februari depan.
Taja pasukan Kelantan: 'Doakan kami ada jodoh' - Datuk Seri VidaMadiha Abdullah, Astro Awani | Diterbitkan pada Disember 27, 2015 09:23 MYTTaja pasukan Kelantan: 'Doakan kami ada jodoh' - Datuk Seri VidaKerjasama antara Datuk Seri Vida dan KAFA masih di peringkat perbincangan. - Foto sumber InstagramBEBERAPA hari lepas, Astro AWANI ada melaporkan tentang bagaimana penyokong bola sepak Kelantan menyarankan agar ahli perniagaan, Datuk Seri Vida, melakukan sesuatu untuk membantu masalah kewangan yang dihadapi pasukan tersebut.Mungkin tergerak hati dengan pujukan rakyat Kelantan, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman semalam memuat naik gambar dan video bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, di akaun Instagram miliknya. Salam sayangg semua... Meeting meetingg.. Tengoklah...apa yg terbaik saya bole Contribute ....TRW..Klantan.. Apa yg pasti...kena ada Pamoga Qu Puteh.. Walau di mana... Muahh muahh. A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) onDec 26, 2015 at 7:36am PST Apakah tujuan saya bertemu Tan Seri Anuar Musa??? Apa yang nak dibincangkan nie.... Pamoga Qu Puteh bertemu Tan Sri Anuar MusaA video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) onDec 26, 2015 at 7:40am PST Berdiskusi.... Persetujuan dan kesepakatan dicari... Jika ada jodoh bersama TRW..KAFA.. Insyaallah... Pertemuan dah banyak kali beberapa tahun lepas... Apapun kesepakatan dan macam cara di cari... Muahh muahh mmuahhh...A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) onDec 26, 2015 at 7:48am PSTAkaun Instagram rasmi pasukan Kelantan juga turut memuat naik gambar yang sama. ALHAMDULILLAH. Sama-sama kita doakan. Semoga ada persetujuan sepakat dan yang terbaik untuk TRW dan @datoserivida . . Terima kasih in advance kepada @datoserivida . Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Puteh. . Muahh muahh. #Repost @datoserivida with @repostapp. ・・・ Salam sayangg semua... Meeting meetingg.. Tengoklah...apa yg terbaik saya bole Contribute ....TRW..Klantan.. Apa yg pasti...kena ada Pamoga Qu Puteh.. Walau di mana... Muahh muahh. A photo posted by TRWFC (@trwfc_official) onDec 26, 2015 at 8:20am PSTMenerusi kapsyen pada gambar-gambar tersebut, boleh disimpulkan bahawa adanya usaha untuk menjalinkan 'ikatan' antara Datuk Seri Vida dan KAFA, berkemungkinan dari segi bentuk penajaan kepada pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) itu.Setakat ini, belum ada sebarang pengesahan, sebaliknya pengasas Vida Beauty Sdn.Bhd itu meminta agar orang ramai mendoakan agar kedua-dua belah pihak dapat mencapai kata sepakat, sekali gus merealisasikan apa yang dirancang.Isu pengurusan kewangan dan gaji pemain antara yang menjadi kontroversi dalam pasukan Kelantan sepanjang musim 2015, dan ia dikatakan menjadi punca penurunan prestasi pasukan yang pernah digelar gergasi dalam arena bola sepak tanah air itu.Kejayaan Datuk Seri Vida, yang merupakan anak kelahiran Kelantan, menaja beberapa program hiburan mencetuskan idea dalam kalangan penyokong TRW agar beliau membantu bekas juara treble 2012 itu agar mampu kembali memberi saingan pada musim hadapan.
Posted by The Red United on Saturday, December 26, 2015
0 Response to "Dato Vida BENGANG Dengan KAFA dulu GEGARVAGANZA sekarang Ni pulak"
Catat Ulasan