Cash Allah bayar !! Sepandai penyamun Menyelinap, Akhirnya Terbang dijalanan


Seorang penjenayah nyaris maut apabila dirempuh sebuah kenderaan ketika cuba meloloskan diri selepas melarikan sebuah telefon bimbit.

Kejadian berlaku di Jalan Ipoh, ibu negara berhampiran pasar borong Selayang tengah hari tadi. Suspek bersama seorang lagi rakan yang menunggang motosikal pada mulanya berpura-pura ingin membantu seorang doktor wanita selepas keretanya melanggar besi di tengah jalan.

Ketika mangsa sedang leka melakukan pemeriksaan, suspek telah membuka pintu belakang dan melarikan telefon bimbit. Selepas kejadian itu disedari, suspek yang panik cuba melarikan diri.

Bagaimanapun seorang daripada mereka dirempuh kenderaan lain ketika cuba melintas jalan. Suspek yang cedera di bahagian kaki dan badan ditahan polis sebelum dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata polis akan meneliti rakaman CCTV di stesen minyak berdekatan bagi mengenalpasti rakan suspek yang meloloskan diri.




0 Response to "Cash Allah bayar !! Sepandai penyamun Menyelinap, Akhirnya Terbang dijalanan"

Catat Ulasan