Terkini VIRAL! Saksi nampak tertuduh pegang telefon bimbit-LOW YAT
Video pergaduhan tersebar di media sosial.
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Majistret hari ini bahawa beliau melihat tertuduh yang didakwa mencuri sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat di sini, memegang sebuah telefon bimbit di tangannya sambil berlari menuruni eskalator.
Jurujual Oppo Concept Store di Plaza Low Yat, Eric Chan Weng berkata tertuduh memegang telefon bimbit itu di tangan kanannya.
"Pada masa tertuduh berlari turun ke bawah eskalator, saya nampak satu telefon bimbit di dalam pegangannya semasa dia terjatuh, telefon itu terlepas dari tangannya," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya R. Siamalah.
Lelaki itu berkata telefon bimbit tersebut berwarna hitam, namun beliau tidak pasti tentang ciri-cirinya.
Chan, 23, merupakan saksi pendakwaan ketiga yang dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan hari kedua kes Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, seorang penganggur yang didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang, pada 4.47 petang, 11 Julai lalu.
0 Response to "Terkini VIRAL! Saksi nampak tertuduh pegang telefon bimbit-LOW YAT"
Catat Ulasan