SEBAK!! Terkilan Mak Mati Tanpa Menerima Sebarang Anugerah



Anak kepada seniwati Mariani iaitu Rozita Rohaizat terkilan kerana ibunya meninggal dunia tanpa menerima sebarang anugerah dalam industri seni tempatan.

Rozita berkata, walaupun Allahyarham Mariani tidak pernah meluahkan tentang hal tersebut, namun dia percaya adalah menjadi kemahuan ibunya itu untuk menerima anugerah penghargaan sepanjang 63 tahun bergelar anak seni.

"Dia telah banyak berkorban demi kerjaya seni yang dicintainya sehingga ke akhir hayat.

"Tak pernah demand apabila.mendapat tawaran. Malah tengah sakit-sakit pun tetap bekerja kerana tidak mahu menghampakan orang," katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Rozita ditemui selepas Allahyarham Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail, 82, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu.

Mariani meninggal dunia pada pukul 7.32 malam Selasa akibat kanser usus yang dihidapinya sejak setahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi anaknya, Melissa Saila berkata, dia bersyukur apabila hajat ibunya yang ingin menziarahi studio Jalan Ampas Singapura, iaitu tempat dia memulakan kerjayanya sebagai pelakon dapat dilaksanakan.

"Selepas disahkan menghidap kanser usus, mummy berhasrat mahu ziarah tempat kerja lamanya.

"Alhamdulillah pada Mei lalu, saya menunaikan permintaannya dan ketika sampai di sana, dia pula jadi 'tour guide' bercakap tentang apa yang ada di sana selain aktiviti-aktiviti hariannya ketika di zaman mudanya dulu.

"Apa-apapun, saya bersyukur mummy mampu hidup sehingga usia ini sedangkan tak ramai mampu bertahan selepas usia 60 tahun," tuturnya.

Pelakon Dian P.Ramlee, iaitu anak saudara Allahyarham pula berkata, dia begitu manja dengan ibu saudaranya itu setiap kali mereka berjumpa.

Malah dia akan mengurut Mariani sambil berborak mengisi masa terluang.

Dian juga cukup kagum dengan seniwati itu yang mempunyai daya pemikiran yang sangat tajam.

”Bayangkan pada usia 82 tahun, dia masih lagi boleh menghafal skrip dalam tempoh masa yang sekejap.

"Malah dia juga boleh ingat setiap kejadian yang pernah berlaku pada dirinya secara terperinci. Saya panggil dia 'mak besar' kerana hanya dia saja yang tinggal dalam adik beradiknya," tutur Dian.

Dalam pada itu, Datin Seri Umie Aida pula menyifatkan pemergian Mariani adalah satu kehilangan yang besar kerana seniwati itu sering menjadi rujukan pelakon-pelakon mengenai ilmu-ilmu lakonan.

"Susah nak cari pelakon yang memberi komitmen tinggi dalam kerjaya lakonan seperti Allahyarham.

"Selain jujur dan berdisiplin dalam kerjaya dia sering menjadi rujukan penggiat seni filem tempatan,"

0 Response to "SEBAK!! Terkilan Mak Mati Tanpa Menerima Sebarang Anugerah"

Catat Ulasan