Beruntung betul gadis berusia 17 tahun ini kerana diberikan layanan begitu istimewa oleh kekasihnya sempena hari lahirnya apabila dibawa menaiki sebuah limosin hitam yang panjang serta makan di restoran mewah.
Hadiah itu dan kenangan itu mendapat sambutan hangat di laman sosial Twitter dengan reaksi dari para pengguna Twitter agak berbeza dengan hadiah yang diberikan kekasihnya kepada gadis itu.
Ramai yang beranggapan, teman lelaki gadis itu seorang yang kaya sehingga sanggup berhabis duit untuk menyewa limosin panjang. Kadang-kadang penulis terfikir, pada tahap menderita apa rakyat kita sekarang sampai mengkritik kerajaan tetapi mampu beli hadiah mahal, sewa kereta besar dan bawak ke restoran mewah? muda lagi tu.
Lihalah saiz limosin itu… berapa agaknya harga sewaannya ya?
Kita tutup bab itu biarpun nampak relevannya. Apapun, hadiah yang diberikan lelaki itu disifatkan amat melampau kepada gadis berkenaan padahal mereka sebenarnya belum bernikah pun.
Selain limosin, si gadis menerima hadiah berupa barangan Victoria Secret yang sudah diketahui mahal harganya.
Nampaknya trend percintaan dalam kalangan golongan muda semakin membimbangkan apabila mereka juga berpegangan tangan dan berpelukan secara terbuka di laman sosial Twitter.
Ramai pula yang memberi komen yang mengatakan hubungan mereka “sweet” dan tidak kurang juga yang sudah merancang untuk berharap teman lelaki mereka pula melakukan perkara yang sama.
Dalam rentetan tweet mereka, ada satu tweet yang pada mereka nampak macam romantik tetapi sebenarnya agak meloyakan bila dibaca ditulis dalam Bahasa Inggeris.
“I wanna be under ******** armpit (ketiak) ( saya nak berada di bawah ketiak ******),” kata gadis berusia 17 tahun kepada kekasihnya yang dirahsiakan nama Twitternya.
Penulis pada zaman 17 tahun, sibuk memikirkan bab dan subjek apa yang akan masuk dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tetapi sebagai masyarakat, tidak banyak yang boleh dilakukan kerana ibu dan bapa mereka sendiri merelakan anak gadis mereka dibawa ke sana ke mari oleh insan bernama kekasih atau lebih tepat lagi sebagai bakal suami anak mereka itu.
“Papa gave me a kiss on my forehead in front of ****** (papa mencium dahi saya dihadapan ******),” kata si gadis berkenaan.
Memang ramai yang mengkritik kejadian itu tetapi biarlah di Malaysia, kebebasan dan keamanan yang melampau lah jadi begini sampai golongan muda pun bebas mahu melakukan apa sahaja yang dimahukan.
0 Response to ""Limosin Tanda Cinta i Pada You" Rai Ulang Tahun teman wanita 17 tahun"
Catat Ulasan