Bagi kebanyakan penunggang motosikal, menempuhi jalan raya berlubang sudah menjadi perkara biasa yang perlu ditempuhi setiap hari.
Namun bagi Muhamad Aizat Onn, ia adalah sesuatu yang meninggalkan luka untuk sepanjang hayatnya.
Ketika dihubungi FMT, Muhamad Aizat menceritakan kembali kemalangan yang menimpanya yang berpunca daripada satu lubang di jalan raya, yang meninggalkan kesan parut di wajahnya sehingga hari ini.
Katanya, kemalangan itu terjadi di Subang Jaya setahun yang lalu. Ketika itu, beliau menunggang motosikal menempuh hujan untuk ke tempat kerja.
Kira-kira satu kilometer sebelum tiba di pejabatnya di Persiaran Subang Damai, beliau melalui lubang yang pada awalnya disangkakan lopak air biasa di jalan raya.
“Pada mulanya, saya ingat ia hanyalah lopak yang tidak merbahaya dan tidak perlu dielak, rupa-rupanya ia adalah lubang yang besar dan dalam. Saya jatuh ke dalamnya,” katanya lagi.
Visor topi keledar yang dipakainya pecah dan serpihannya menusuk wajah pemuda berusia 25 tahun itu.
Selain itu, lapan giginya patah. Malah bibirnya mengalami kecacatan kekal dan menjadi herot akibat terhentak pada jalan.
Apa yang menyedihkan adalah apabila doktor memberitahu bahawa parutnya terlalu dalam, sehinggakan pembedahan plastik pun tidak dapat mengembalikan keadaannya.
Muhamad Aizat mendapatkan bantuan peguam untuk membawa kesnya, namun diberitahu yang Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) – pihak yang bertanggungjawab terhadap kemalangan itu – hanya sanggup membayar pampasan sejumlah RM35,000 bagi menyelesaikannya di luar mahkamah.
Beliau menolak tawaran itu.
Lebih memburukkan keadaan, Muhamad Aizat juga mendakwa telah hilang kerja selepas kemalangan menyayat hati itu, dan menganggur untuk satu tempoh yang lama. Beliau hanya mendapat pekerjaan Ogos lalu.
“Orang akan selalu memerhati wajah saya. Maka saya pakai penutup muka setiap kali keluar rumah. Tetapi ia juga menyebabkan pelbagai masalah. Misalnya ketika masuk ke kedai, pekerja akan mengekori saya kerana takut saya akan mencuri,” katanya lagi.
Muhamad Aizat berkata, apa yang menyebabkannya benar-benar kecewa adalah sikap MPSJ yang masih tidak memandang serius ancaman jalan raya berlubang di kawasan itu, bukan sangat tentang pampasan kecil yang ditawarkan.
“Mereka perlu sedar betapa bahayanya lubang jalan raya yang tidak dibaiki dan mula bertindak, bukan mengalihkan kesalahan kepada pihak lain.”
Namun masalah yang sudah lama dihadapi warga Lembah Klang ini – terutama di Selangor – mungkin akan diatasi tidak lama lagi, dengan kerajaan Selangor yang baru-baru ini mengarahkan semua kontraktor jalan raya untuk menampal lubang secara sementara dalam masa 24 jam selepas menerima laporan daripada orang ramai.

0 Response to "Kerana LUBANG Jalanraya Pemuda Seumur HIDUP Cacat"
Catat Ulasan