Gadis Misteri Bakal Isteri Allahyarham Yus Jambu Dikenali

Kenali Gadis Misteri Bakal Isteri Allahyarham Yus Jambu


Pelawak terkenal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus mengesahkan yang dia bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada penghujung tahun ini.
Menurut Yus atau nama sebenarnya, Yussry Edoo, 38, dia memilih tarikh pada hujung tahun kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan memerlukan masa untuk membuat persiapan.
“Persiapan tu dah buat dah sedikit demi sedikit, memandangkan kami sibuk dengan kerja jadi saya rasa hujung tahun adalah yang paling sesuai.
“Dia merupakan model sambilan dan juga bekerja sebagai setiausaha ahli korporat … Kalau ikutkan hati memang saya nak beritahu siapa bakal isteri saya.
“Namun demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu,” katanya ketika ditemui di program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha pada Sabtu.
Mengulas mengenai perkenalan mereka, Yus memberitahu mereka berkenalan melalui Facebook dan sewaktu pertama kali bertemu wanita itu telah berjaya menambat hatinya.
“Saya kenal dia pun menerusi Facebook… Waktu tu dia masih belum kenal saya dan tidak tahu saya ini siapa.
“Selepas seminggu berkenalan barulah dia dapat tahu saya ni seorang artis.
“Alhamdulillah, sekarang tempoh perkenalan kami dah masuk setahun lebih, apa yang saya suka mengenai dia adalah dia faham kerjaya dan kesibukan saya.
“Selain itu dia pandai buat sambal belacan dan itu merupakan makanan kegemaran saya,” ujarnya ketawa.
Tambah Yus lagi, dia sememangnya berasa teruja untuk berkahwin namun menyerahkan segalanya kepada takdir.
“Teruja tu memang teruja, tapi saya buat ‘rilex’ saja sebab benda ini berkaitan dengan jodoh… Kita ikut alur yang ditentukan, dan semuanya ditangan tuhan.
“Memandangkan saya pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak mahu bertunang sebaliknya terus berkahwin.
“Bergaduh itu biasa, lagi-lagi dekat nak kahwin ni tapi bukanlah bergaduh besar… Saya rasa dia adalah pilihan yang tepat untuk saya,” ulasnya.
Bercerita mengenai majlis perkahwinan, Yus berkata dia telah merancang untuk membuat majlis bertemakan ala kampung semasa resepsi untuk pihak lelaki.
“Mengenai majlis kahwin pula, saya nak buat biasa-biasa saja ikut apa yang kita mampu… Walaupun masih belum ada tarikh lagi, saya sudah merancang untuk buat majlis kahwin bertemakan ala kampung bagi pihak saya di Perlis nanti.
“Saya nak buat tema ala-ala kampung sebab saya suka…Tak payah pakai buffet, makan berhidang lebih seronok.
“Panggil orang-orang kampung datang masak dan kawan-kawan sama-sama bergotong-royong, saya rasa ianya lebih meriah dan boleh mengeratkan silaturrahim.
“Manakala bagi resepsi pihak perempuan, masih lagi dalam perancangan dan saya serahkan pada dia untuk buat keputusan,” katanya mengakhiri perbualan.
Yus Jambu Nafi Gadis Bertudung Bakal Isterinya
Sebelum ini beberapa portal pernah melaporkan yang Yus Jambu bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang merupakan seorang setiausaha dan model sambilan.
Seiring dengan kenyataannya itu, timbul pula gambar menunjukkan Yus Jambu bergambar dengan seorang wanita bertudung yang tersebar meluas di laman web dan sosial, baru-baru ini.

Malah ramai peminat beranggapan wanita dalam gambar itu merupakan bakal isteri kepada pelawak tersebut.

Menjawab dakwaan itu, Yus menjelaskan, “gambar itu sudah lama. Saya tidak kenal pun siapa dia. Bakal isteri saya seorang model. Dia tidak bertudung”.

“Saya sebolehnya nak kenalkan isteri saya itu pada peminat. Namun, demi menghormati keputusan dia dan keluarga, saya masih terpaksa merahsiakan wajah dan identiti sebenarnya.

“Bila tiba masa nanti, baru saya akan kenalkan dan kongsi gambar dia,” katanya memetik kenyataan portal Murai.
'Saya Ikhlas Nak Tolong Kak' - Yus Jambu




Dalam pada itu, Yus Jambu juga mengakui akan bernikah pada hujung tahun 2014 dan tidak merancang untuk mengadakan majlis pertunangan terlebih dahulu.



Banyak sungguh berita sedih bertimpa-timpa. Saya terkedu apabila suami memberitahu berita pemergian Allahyarham Pak Yus. Lama terdiam dan mamai.


Saya mengenali dia lama sebelum dia masuk bertanding Raja Lawak. Kami pernah sepentas di Perlis. Saya gembira berlakon bersama beliau dan Che Mat Raja Lawak yang sangat sporting.


Lama sebelum itu, mereka pernah berlakon drama di bawah arahan abang Ahmad Ibrahim, 'Sepi Angin Ke Kota London'. Saya sebagai Penolong Pengarah di kala itu.


Beberapa tahun kemudian, saya teruja sangat apabila mendapat tahu yang Pak Yus terpilih masuk bertanding Raja Lawak. Saya usahakan untuk turun beri sokongan.


Walaupun selepas kejayaan beliau, kami hanya berhubung melalui panggilan telefon, SMS dan kemudiannya WhatsApp, terkadang ada rezeki, kami bertemu di majlis dan acara pentas di mana-mana.


Sekadar berkongsi kebaikan beliau; sewaktu saya memerlukan job lakonan yang tidak menentu pada tahun lepas, saya menghantar mesej kepada rakan-rakan artis dan production manager serta pengarah melalui WhatsApp. Dari beratus yang saya tanya khabar seandainya ada watak yang sesuai, hanya dua tiga rakan yang respon. Selalunya begitulah. Yang dua tiga orang reply 'InshaAllah' sahaja tetapi tiba-tiba Yus reply dengan cara lain.


Walaupun dia tidak sempat menunaikan niatnya membantu, yang penting keikhlasannya. Saya tahu dia terlalu sibuk dengan show-shownya yang tidak berkesudahan. Saya pun tidak kisah. Alhamdulillah dia masih menghargai sebuah persahabatan.



Moga Pak Yus tenang dan bahagian di sisiNya. Amin. Al-fatihah...

0 Response to "Gadis Misteri Bakal Isteri Allahyarham Yus Jambu Dikenali"

Catat Ulasan