TMJ tidak dapat menahan linangan air mata Sejarah Kejuaraan



KUALA LUMPUR: Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim tidak dapat menahan linangan air mata kegembiraan dengan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala AFC malam tadi. JDT dimahkotakan sebagai juara Piala AFC 2015 selepas menumpaskan FC Istiklol, 1-0, pada aksi final di laman lawannya itu di Stadium Cenral Republikan, Dushanbe, Tajikistan.

Tunku Ismail tidak dapat hadir menyaksikan final itu berikutan berada di Argentina. Perasaan gembira Tunku Mahkota Johor itu dikongsikan oleh pentadbir laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST). Berikut kenyataan penuh pentadbir laman Facebook JST itu.

“Pengalaman Admin JST yang turut bersama di Argentina, berasa amat terharu melihat DYAM Tunku Mahkota Johor yang tidak dapat menahan linangan airmata kegembiraan dan kesyukuran setelah JDT dinobatkan sebagai juara kejohanan Piala AFC. “Segala usaha gigih dan penat lelah selama tiga tahun ternyata berbaloi, dan menjadi pembakar semangat pasukan JDT dan sekalian penyokong Johor.

” Pentadbir JST turut mengimbas kembali kenyataan Tunku Ismail sebelum ini: Kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada 16hb Disember 2013 kepada umum. “Hari ini saya akan lakukan apa yang lain tidak mahu lakukan dan esok saya akan mencapai apa yang lain tidak mampu capai.”.

0 Response to "TMJ tidak dapat menahan linangan air mata Sejarah Kejuaraan"

Catat Ulasan